Ranking FIFA: Malaysia, Belgium, Perancis & Brazil Kekal Kedudukan

Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Loading official content
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen
Check out behind the scenes action from FC Bayern's 2-0 away win in the second leg of UEFA Champions League Last-16 against Bayer Leverkusen.
0 seconds of 1 minute, 29 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances
01:12
00:00
01:29
01:29
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

Sepertimana tiga kedudukan teratas di dalam senarai ranking FIFA yang diumumkan sebentar tadi, Malaysia tidak berubah kedudukan dan kekal di tangga ke-158 dunia.

Belgium, Perancis dan Brazil adalah tiga pasukan yang menduduki senarai tersebut dan kedudukan pada Oktober ini turut sama seperti pada September lalu untuk tiga jaguh bola sepak dunia itu.

Antara yang menarik perhatian dalam pergerakan ranking dunia FIFA pada kali ini ialah Kosovo yang berjaya mendaki tangga ke-114 – meningkat lima anak tangga untuk kedudukan terbaik sepanjang sejarah penglibatan negara tersebut bersama FIFA.

Sepanjang Oktober ini skuad kendalian Tan Cheng Hoe hanya beraksi di dalam dua perlawanan antarabangsa.

Cemerlang membelasah Sri Lanka di Bukit Jalil pada 5 Oktober, skuad Harimau Malaya bagaimanapun tewas 1-0 kepada Vietnam di pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Ranking Harimau Malaya | 24 Oktober 2019

Kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia di tangga 158 dunia,…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Thursday, October 24, 2019

Dari kalangan negara Asia Tenggara, Thailand menunjukkan peningkatan ketara apabila melonka lima anak tangga ke kedudukan ke-109. Ini selepas skuad Gajah Putih itu mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Congo, sebelum menewaskan UAE 2-1 di kempen kelayakan Piala Dunia.

Bagaimanapun, Vietnam masih lagi kekal sebagai pasukan terbaik dari rantau ini apabila menduduki tangga ke-97 dunia selepas menewaskan Malaysia 1-0, dan juga Indonesia 3-1 di Bali sepanjang oktober ini.

Singapura pula jatuh dua anak tangga untuk berada di belakang pasukan negara selepas tewas dua perlawanan kelayakan, masing-masing kepada Arab Saudi (3-0) dan Uzbekistan (3-1) pada Oktober ini.

Manakala Filipina yang mengikat China tanpa jaringan baru-baru ini, naik satu anak tangga untuk berada di kedudukan ke-126 dunia.

Indonesia yang baru memenangi bidaan untuk menganjurkan kejohanan Piala Dunia B-20 pada 2021 nanti sebaliknya terus malang apabila turun empat anak tangga untuk berada di tangga ke-171 di dalam senarai tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN