Kemaskini ranking FIFA menyaksikan tiada banyak perubahan kerana minggu antarabangsa yang masih belum berlangsung. 35 ranking teratas FIFA tiada perubahan daripada yang sebelum ini.
Jerman mengekalkan kedudukan di no.1 dunia diikuti oleh Brazil, Portugal, Argentina dan Belgium. Sementara itu pasukan Palestine berjaya meningkatkan ranking mereka kepada ranking ke-80.
Sebelum ini mereka berada di ranking terbaik dalam sejarah mereka di tempat ke-82. Peningkatan ini pastinya lebih membanggakan Palestine yang sudah 2 kali berturut-turut memecahkan ranking terbaik mereka. Palestine kini berada di tangga ke-80.
Untuk ranking Konfederasi Asia (AFC), Iran kekal berada di tempat teratas (32). Australia pula memintas Jepun untuk menjadi pasukan no.2 di Asia. Australia berada di ranking ke-38 dunia.
Vietnam kini menjadi pasukan no.1 di Asia Tenggara memintas Filipina. Dalam ranking FIFA kali ini, Vietnam adalah yang paling cemerlang dengan meningkat 13 anak tangga.
The latest FIFA rankings (AFF member nations) have been released!
Joy for 🇻🇳 Vietnam and 🇲🇲 Myanmar, but dismay for 🇵🇭 Philippines and 🇮🇩 Indonesia.
Are you happy with your country's latest position? https://t.co/MTfGc2XLAK pic.twitter.com/l9aTXu9lVV
— ESPN Asia (@ESPNAsia) December 21, 2017
Secara global, Vietnam di ranking ke-112 dan Filipina di ranking ke-124. Myanmar turut cemerlang dengan peningkatan 10 anak tangga ke kedudukan ke-140.
Malaysia masih kekal di ranking ke-174 di belakang Singapura (172) dan Kemboja (173).