Seri dengan Mongolia kemudian tewas di tangan Lubnan, diikuti kemenangan ke atas Bhutan membolehkan skuad Harimau Malaya naik ke ranking ke-170. Ianya adalah peningkatan sebanyak 8 anak tangga oleh anak-anak buah Tan Cheng Hoe.
Ini merupakan tugasan sulung oleh Tan Cheng Hoe yang dilantik menggantikan ‘Profesor’ Nelo Vingada.
Di Asia Tenggara, Vietnam (103) akhirnya menjadi no.1 di rantau Asean diikuti Filipina (113). Thailand di ranking ke-122 dunia. Malaysia kini hanya 1 tangga di belakang Kemboja yang berada di ranking ke-169.
Jiran kita, Singapura berada di ranking ke-172. Manakala Indonesia kekal di tangga ke-162. Myanmar naik 7 anak tangga ke kedudukan ke-135.
Dalam Konfederasi AFC, Republik Kyrgyz naik paling banyak dengan 40 anak tangga ke kedudukan ke-75 dunia.
Iran masih no.1 di Asia meskipun turun 3 anak tangga di ranking global. India naik lagi ke rangking ke-97 daripada 99 sebelum ini.
Sebanyak 113 perlawanan dilangsungkan dalam minggu antarabangsa yang lalu. Jerman kekal no.1 dunia diikuti Brazil. Belgium naik ke tangga ke-3 selepas menang ke atas Arab Saudi dan Tunissia.
Portugal dan Argentina, masing-masing turun ke tangga ke-4 dan ke-5.
Ahli baru FIFA, Kosovo sebelum ini menang ke atas Burkina Faso. Mereka duduk di ranking ke-152. Satu lagi pasukan baru dalam FIFA adalah Gibraltar. Kemenangan 1-0 ke atas Latvia membolehkan mereka berada di ranking ke-196.