Ranking Dunia FIFA: Malaysia Naik, Indonesia Turun

Malaysia Indonesia

Kedudukan skuad negara dalam ranking dunia FIFA terus mencatatkan kemajuan apabila naik satu anak tangga ke tangga ke-137 setelah mempamerkan prestasi memberangsangkan di pentas antarabangsa.

Berdasarkan siaran terbaharu badan induk bola sepak antarabangsa tersebut, Malaysia telah mengumpul 9.44 mata setelah merekodkan dua kemenangan besar ke atas Kepulauan Solomon (4-1) dan Papua New Guinea (10-0).

Dengan jumlah kutipan mata sebanyak 1091.57 itu, skuad kendalian Kim Pan-gon berjaya memintas Turkmenistan, tetapi gagal mengatasi St. Kiits & Nevis di kedudukan ke-136 yang mencatat beberapa keputusan memberangsangkan dalam aksi Kelayakan Piala Emas CONCACAF pada bulan ini.

Dalam pada itu, pasukan negara jiran, Indonesia yang seri 0-0 dengan Palestin dan tewas 2-0 kepada skuad kebangsaan Argentina baru-baru ini menyaksikan mereka turun satu anak tangga ke kedudukan ke-150 setelah kehilangan 1.32 mata secara kumulatif.

Kalendar bola sepak antarabangsa yang seterusnya adalah pada bulan September ini di mana skuad negara telah dijadualkan bertemu China dan Taiwan untuk aksi persahabatan.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Persiapan menjelang kejohanan Piala Asia 2023 akan diteruskan dengan kejohanan Pesta Bola Merdeka pada bulan Oktober dan satu lagi kalendar antarabangsa yang dijadualkan pada November ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN