Ranking 6 Pemain La Liga Dalam Prestasi Terbaik Setakat Ini

Primera Divison atau lebih dikenali sebagai La Liga atau La Liga Santander merupakan sebuah pertandingan bola sepak profesional tahap tertinggi di Sepanyol yang disertai sebanyak 20 pasukan.

Sebut sahaja La Liga, tentu ramai akan berfikir malah bermain dibibir peminat bola sepak akan nama-nama besar dalam kancah liga tersebut.

Antaranya Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Antoine Greizmann, Gareth Bale, Luis Suarez dan ramai lagi. Sudah tentunya ramai antaranya bintang-bintang dari Real Madrid, Barcelona dan Atlentico bukan ?

Tapi tahukah anda, untuk musim 2017/18 ini ada 6 pemain dari liga tersebut sedang menunjukkan prestasi yang cemerlang bersama pasukan. Nama mereka juga kurang menjadi bualan peminat bola sepak di Malaysia dan mereka kurang dikenali.

Kali ini semuanyaBola ingin anda kenali 6 pemain di La Liga yang sedang berada dipretasi yang cemerlang pada musim 2017/18 bagi membantu pasukan mereka untuk bersaing dalam cabaran Liga terbaik di Sepanyol ketika ini.

1. Antonio Sanabria (Real Betis)

Pemain berasal dari Paraguay yang kini baru berusia 21 tahun sudah mula membuka mata ramai pihak dengan aksi cemerlangnya dihadapan gawang lawan.

Berjaya membantu Real Betis dengan jaringan 7 gol saat ini, membuatkan pemain tersebut sedang mula dintai beberapa kelab besar di Eropah.

Peminat bola sepak Eropah kini sudah mula membayangkan Antonio Sanabria adalah calon yang bakal mengantikan Roque Santa Cruz di pentas eropah selepas ini.

Pemain yang pernah bersama As Roma selama dua musim itu sedang membuktikan kemampuanya bersama Real Betis dan juga pasukan kebangsaan, Paraguay.

Persembahannya bersama Real Betis tidak mengecewakkan, paling tidak dilupakan ketika beliau berjaya membantu pasukannya menjaringkan gol kemenangan 1-0 saat bertemu Real Madrid di Santiago Bernabeu dalam La Liga.

Jaringan melalui tandukan pada minit-minit akhir masa tambahan hasil hantaran Antonio Barragan telah meranapkan Real Madrid dihalaman sendiri.

2. Rodrigo Moreno (Valencia CF)

Nama Rodrigo Moreno Machado kini telah menjadi sebutan seluruh kota di Sepanyol terutama di Valencia.

Mana tidaknya, pemain kelahiran Rio de Janeiro, Brazil ini telah berjaya membantu pasukannya iaitu Valencia CF dengan mencetak gol-gol penting dalam beberapa perlawanan yang dihadapi.

Dalam 11 perlawanan La Liga musim ini, Moreno sudah berjaya menjaringkan 7 gol. Dan paling mengejutkan ramai pihak, bekas pemain Befinca itu telah berjaya mencetak nama selaku penjaring ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Albania yang kesudahannya dimenangi Sepanyol dengan jaringan 3-0.

Moreno yang mendapat hak kerakyatan Sepanyol telah mendapat kepercayaan Julen Lopetegui selaku ketua jurulatih pasukan untuk menyenaraikan beliau dalam skuad La Roja dan kini Moreno telah menjadi bintang baru La Roja selepas bekas pemain Chelsea, Diego Coasta telah disisihkan dalam skuad kebangsaan.

Valencia merupakan kelab yang terbaik di Sepanyol sejak dulu lagi dan merupakan antara wakil Sepanyol yang beraksi di Liga Juara-Juara Eropah.

Musim ini, pasukan itu telah menunjukan tanda-tanda untuk kembali menguasai Sepanyol dengan status pasukan “digeruni” selepas pasukan itu kini berada di tangga kedua liga dengan memiliki 27 mata dalam 11 perlawanan ketika ini.

Dengan prestasi pasukan yang cemerlang, penyokong Mestalla Stadium pasti akan mengharapkan pasukan itu berjaya kembali mencapai beberapa gelaran musim ini dan Morena pastinya menjadi watak penting dan harapan pasukan untuk membantu impian tersebut tercapai.

3. Cristhian Stuani (Girona FC)

Nama ini mungkin tidak asing bagi anda kerana musim lepas beliau juga agak cemerlang bersam Middlesbrough.

Girona telah mengejutkan peminat bola sepak di Sepanyol. Kelab dari Catalan itu telah berjaya membuat kejutan terbesar musim ini. Pertama kali beraksi di La Liga sejak 87 tahun, Girona kini bukan dianggap pasukan mudah untuk ditewaskan.

Kejayaan terbaik kelab itu adalah ketika berjaya menewaskan Real Madrid 2-1 dan hal ini telah mengemparkan dunia bola sepak. Dengan gadingan hebat Cristian Stuani, Portu Eloi dan Pablo Maffeo, kelab Girona kini berada di tangga ke-10 dengan 15 mata dimiliki.

Disebalik kejayaan Girona ketika ini, Stuani merupakan tunjang utama buat pasukan. Walaupun usianya sudah hampir 31 tahun, pemain dari Uruguay itu berada dalam pretasi cemerlang bersama pasukannya dan berjaya membantu Girona dengan menghasilkan 6 jaringan gol ketika ini.

Mempamerkan persembahan yang menyakinkan bersama Girona, meletakkan Stuani tersenarai dalam skuad kebangsaan Uruguay dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2018 dan ada pihak juga mencadangkan nama Cristhian Stuani memang layak digantikkan tempat Luis Suarez di Russia nanti.

4. Simone Zaza (Valencia)

‘Simone Zaza adalah mesin gol Valencia’ – itulah gelaran yang diberikan oleh penyokong kepada beliau. Tidak hairanlah jika nama Simone Zaza kini menjadi kegilaan penyokong-penyokong Valencia saat ini.

Simone Zaza sudah berjaya meledak 9 gol di La Liga termasuk jaringan hatriknya ketika bertemu Malaga telah meletakkan bekas pemain Juventus tersebut berada ditangga ke-2 penjaring terbanyak La Liga ketika ini dibawah Lionel Messi dengan dibezakan 3 jaringan.

Gandingan yang cemerlang bersama Rodrigo Moreno, membuatkan Valencia kini sedang mengejar kedudukan terasa liga yang kini ditakluki Barcelona dengan 31 mata hanya 3 mata dibezakan diantara kedua-dua pasukan itu.

5. Cedric Bakambu (Villareal CF)

Villarreal’s Congolese forward Cedric Bakambu celebrates after scoring during the Spanish league football match Villarreal CF vs Club Deportivo Leganes SAD at La Ceramica stadium in Vila-real on April 22, 2017. / AFP PHOTO / JOSE JORDAN (Photo credit should read JOSE JORDAN/AFP/Getty Images)

Membantu Villareal berada ditangga ke-5 La Liga ketika ini, pemain berusia 26 tahun Cedric Bakambu telah mempamerkan aksi yang menakjubkan bersama pasukan.

Bakambu sudah berjaya menjaringkan 8 gol ketika ini dan sekaligus meletakkan pemain itu berada dikedudukan yang sebenar selaku penyerang harapan Villareal untuk cabaran musim 2017/18.

Jaringan hatriknya ketika bertemu Eibar dalam saingan liga pada awal bulan oktober lepas telah membuktikan Bakambu kini bukanlah pemain yang harus dipandang sebelah mata oleh pasukan lawan.

Bakambu juga telah mencetak jaringan gol penting perlawanan, antaranya ketika bertemu Girona. Dalam perlawanan itu Villareal menang 2-1 dan kedua-dua gol itu hasil jaringan Bakambu.

Pretasi Bakambu cemerlang selepas beliau digandingan bersama Carlos Bacca yang dipinjamkan dari Ac Milan. Gadingan mereka telah berjaya membawa impak buat pasukan dibahagian serangan ketika ini.

Penampilan luar biasa Bakambu saat ini telah berjaya minat ramai pihak untuk membawa pemain tersebut menyertai pasukan mereka.

Jika Villareal mahu beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah musim depan, sangat penting bagi pengurusan Villareal adalah, mereka harus memastikan penyerang itu terus kekal lama bersama pasukan mereka.

6. Wissam Ben Yedder (Sevilla FC)

Jika anda tanya penyokong Liverpool, mereka kenal benar dengan nama pemain ini. Persembahan pasukan Eduardo Berizzo ketika ini terumbang ambing, mereka berjaya memperoleh 6 kemenangan 4 kekalahan dan 1 seri dalam 11 perlawanan.

Ini meletakkan Sevilla berada di tangga ke-6 dibawah Villareal. Namun, kemampuan Wissam Ben Yedder mencetak gol buat pasukan harus diberi perhatian pasukan lawan.

Pemain kelahiran Perancis ini mempamerkan aksi cemerlang di Liga Eropah ketika bertemu NK Maribor dimana pemain itu telah berjaya melakukan hatrik sekaligus membawa pasukannya mencapai kemenangan 3-0 pada perlawanan tersebut.

Sebelum itu, pemain ini telah berjaya menjaringan 1 gol membantu pasukannya mengikat Liverpool 2-2 di Anfield dalam cabaran Liga Eropah. Hal ini meletakkan Wissam selaku penyerang harapan pasukan musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN