Claudio Ranieri telah mengeluarkan kenyataan peribadi beliau semalam kepada umum. Ia selepas jurulatih tersebut dipecat oleh pemilik kelab Leicester City selepas tewas di tangan Sevilla pada UCL.
Berikut adalah kenyataan beliau:
“Semalam, mimpi saya telah mati.”
“Selepas kegirangan dimahkotakan kejuaraaan EPL musim lalu, impian saya hanyalah untuk kekal di sini, kelab yang saya sangat cintai. Selamanya”
“Tetapi sayangnya ia tidak berlaku.”
“Saya ucapkan terima kasih kepada isteri saya Rosana dan seluruh keluarga saya yang tidak henti-henti menyokong saya ketika saya di Leicester.”
“Terima kasih saya kepada Paolo dan Andrea yang menemani saya sepanjang perjalanan indah ini.”
“Kepada Steve Kutner dan Franco Granello kerana memberikan saya kesempatan untuk menjadi juara.”
“Lebih-lebih lagi, terima kasih kepada Kelab Bola Sepak Leicester City. Pengembaraan yang luar biasa ini akan kekal bersama saya selamanya.”
“Terima kasih kepada journalis dan pihak media yang bersama-sama kami dan menikmati masa indah ketika melaporkan cerita agung dalam bola sepak.”
“Setulus terima kasih kepada semua yang ada di kelab ini, semua pemain, staf dan semua yang berada di sini dan menjadi sebahagian daripada pencapaian kita bersama,”
“Terutama sekali, para penyokong. Anda terima saya di dalam hati anda sejak hari pertama dan menyayagi saya.”
“Tiada siapa yang boleh merampas apa yang kita telah capai. Saya berharap semua fikirkan tentangnya dan senyum setiap hari seperti saya.”
“Ia adalah masa yang penuh dengan keindahan yang saya tidak akan lupakan.”
“Ianya satu nikmat dan kebanggaan untuk menjadi juara bersama-sama anda semua.”
Baca juga: Rangkuman Liga Perdana 2017 Minggu 6: PKNP Lonjak Ke Tangga Ke-2 Liga!