Ranieri Diumum Pengurus Interim Roma Selepas 8 Hari Dipecat Oleh Fulham

Bekas pengurus Leicester dan Chelsea, Claudio Ranieri telah dilantik untuk memangku jawatan pengurus Roma sehingga ke penghujung musim.

Ranieri baru sahaja dipecat sebagai pengurus Fulham lapan hari yang lalu – selepas hanya merekodkan tiga kemenangan dari 17 perlawanan yang beliau kendalikan.

Namun pengurus berusia 67 tahun – juga seorang penyokong Roma – segera kembali ke pengurusan bola sepak untuk menggantikan pengendali sebelumnya, Eusebio di Francesco.

“Saya gembira kini boleh kembali ke tempat asal,” ujar Ranieri pada Jumaat.

“Ianya mustahil untuk berkata tidak, sekiranya Roma memanggil anda.”

Di Francesco telah dipecat pada Rabu lalu selepas Roma tewas 4-3 secara agregat lepada Porto di pusingan kalah mati UEFA Champions League.

Pengarah Sukan Roma, Monchi turut meletak jawatan pada awal Jumaat.

Ranieri bergelar pengurus Fulham pada November tahun lalu selepas kelab London itu memecat Slavisa Jokanovic, dan menewaskan Southampton 3-2 di perlawanan pertama. Namun ia diikuti oleh 11 kekalahan, termasuk tersingkir seawal pusingan ketiga saingan PIala FA kepada pasukan League Two, Oldham.

Beliau meninggalkan The Cottagers selepas hanya 106 hari, dengan Fulham berada di kedududukan ke-19 liga – 10 mata dari zon selamat – berbaki 10 perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN