Rangnick Nasihatkan Timo Werner Supaya Tidak Tersilap Langkah Seperti Keita Ke Liverpool

Werner

Pengendali RB Leipzig, Ralf Rangnick menyarankan agar Timo Werner tidak mengikuti jejak bekas rakan sepasukan, Naby Keita yang menyertai Liverpool di Premier League.

Keita dibeli oleh Liverpool pada musim panas lalu dengan harga £52 juta (RM281 juta).

Walau bagaimanapun, karier pemain tengah berusia 22 tahun dari Guinea itu tidak berjalan lancar seperti yang diharapkan.

Beliau masih bergelut dengan prestasi yang tidak menentu sekaligus menyukarkan baginya untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama skuad kendalian Jurgen Kloop.

Nasihat Rangnick

Sejak kebelakangan ini, muncul khabar angin yang menyebut bahawa Liverpool memiliki peluang besar untuk merekrut Werner ke Anfield pada musim panas akan datang.

Hal tersebut membuat Rangnick rasa tidak senang dan beliau mula memberikan nasihat kepada penyerang itu agar menolak tawaran dari Liverpool.

LEIPZIG, GERMANY – JANUARY 19: Timo Werner of RB Leipzig runs with the ball during the Bundesliga match between RB Leipzig and Borussia Dortmund at Red Bull Arena on January 19, 2019 in Leipzig, Germany. (Photo by Adam Pretty/Bongarts/Getty Images)

Rangnick membandingkan keadaan Keita selepas beliau meninggalkan RB Leipzig.

Menerusi Skysport, Rangnick berkata; “di sini Keita merupakan pemain yang luar biasa, tetapi kini dia masih mengalami kesukaran di Liverpool.”

“Setakat ini, di sana, dia (Keita) bukanlah pemain seperti ketika masih di sini. Persekitaran di sekeliling mestilah sesuai untuk Timo (Werner). Itulah kelebihan di sini,” kata Rangnick.

Harap kekal

Werner masih memiliki baki kontrak bersama Leipzig sehingga 2020. Oleh demikian, Rangnick amat berharap pihak kelab berusaha menghalang pemergian Werner nanti.

“Kami cuba mempertahankannya. Dia tahu dia sangat terkenal di dalam pasukan, dengan jurulatih dan peminat. Dia pemain utama, dan dia menjadi salah satu penyerang terbaik Bundesliga.”

MAINZ, GERMANY – APRIL 05: Naby Keita of Leipzig (R) celebrates his team’s third goal with team mate Timo Werner during the Bundesliga match between 1. FSV Mainz 05 and RB Leipzig at Opel Arena on April 5, 2017 in Mainz, Germany. (Photo by Simon Hofmann/Getty Images)

“Dia masih mempunyai satu setengah tahun lagi dalam kontraknya, dan saya berharap dia akan bertahan. Tetapi segala keputusan terserah kepadanya.”

Tambah Rangnick lagi, “Bagaimanapun, kami perlu menambah nilai kewangan kami jika kami mahu menawarkan (kepada Werner). Kami menyedari bahawa dia boleh mendapatkan lebih banyak wang di tempat lain, tetapi dia juga boleh meneruskan kerjayanya sepanjang hayat di sini.”

“Aspek kewangan tidak akan menjadi faktor penentu, tetapi ianya lebih kepada perspektif sukan,” jelas Rangnick.

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN