Rangnick Nampak Tak Menjadi, United Kembali Buru Pochettino

Mauricio Pochettino

Pasukan Premier League, Manchester United kini dilihat mula kembali mengejar pengurus Mauricio Pochettino selepas mereka melihat apa yang ditonjolkan oleh Ralf Rangnick tidak menjadi.

Pochettino yang sudah banyak kali dikaitkan dengan jawatan sebagai pengurus di United kini bagaimana pun sudah bersama Paris Saint-Germain (PSG).

Masih jadi idaman

Menurut laporan Goal, situasi Rangnick dilihat ideal sebenarnya untuk United kerana kedudukan beliau yang hanyalah sementara sebagai pengendali kelab itu.

Jadi, walaupun United dilihat tidak begitu menjadi sejak pengendali dari Jerman itu tiba, mereka pastinya akan mula mendapatkan pengurus baharu dengan Pochettino sebagai pilihan.

Untuk sekian lamanya, bekas pengendali Tottenham Hotspur dan juga Southampton itu disebut-sebut untuk ke Old Trafford tetapi akhirnya ke PSG.

Walaupun beliau sudah ke PSG, ia tidak mengubah hakikat yang United masih ‘berselera’ untuk mendapatkan Pochettino dan tidak menolak kemungkinan akan cuba mendapatkan pengurus itu untuk musim hadapan.

Jika perkara itu dibuat, ia sekali gus melancarkan pergerakan Rangnick yang akan mengambil jawatan penasihat kelab usai tugasnya sebagai pengurus sementara United berakhir hujung musim ini.

Kitaran pergerakan Pochettino ini dianggap akan lengkap sekiranya dirinya dipecat PSG memandangkan beliau sedang mengalami tekanan tinggi di sana.

Selepas dimalukan Lille dalam Coupe De France, Pochettino perlu menghadiahkan gelaran Eropah kepada PSG untuk menjadi pengurus pertama kelab itu yang berjaya melakukannya.

Tetapi cabaran getir bakal dihadapi PSG adalah mereka perlu berdepan dengan Real Madrid di pusingan 16 pasukan terakhir.

Adakah Pochettino akan akhirnya tiba di Old Trafford, atau ianya akan terus menjadi khabar angin sahaja? Sama-sama kita nantikan.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN