Harvey Elliott telah mempamerkan aksi persembahan yang menakjubkan ketika beliau turun beraksi bertemu Athletic Bilbao, dalam aksi perlawanan persahabatan.
Persembahan mantap yang beliau persembahkan membuatkan para penyokong The Reds menggesa pihak kelab supaya menyenaraikannya dalam skuad utama Liverpool musim hadapan.
Pemain sayap yang ketika ini berusia 19 tahun itu telah beraksi bersama Blackburn Rovers sebagai pemain pinjaman pada musim lalu.
Harvey Elliot 😍😍😍
https://t.co/qhuL3lUyHk— – (@Hmz290) August 8, 2021
Beliau pada ketika itu turut mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa mengagumkan dalam saingan Championship.
Elliott telah membuat 43 penampilan dalam semua pertandingan pada musim lalu, dengan beliau berjaya mencatatkan 12 assists dan menjaringkan tujuh gol untuk Blackburn.
Bintang muda Liverpool itu telah ditandatangani dari Fulham pada tahun 2019, dengan beliau telah menunjukkan betapa bergunanya pengalaman satu musim beraksi bersama skuad utama Blackburn pada musim lalu, untuk mematangkan lagi aksi persembahannya.
The Reds impressed during their draw with Bilbao, with a goal from Jota and exciting performances from the front three and Harvey Elliott. Another 70 minutes for Virgil…
Subscribe for our immediate reaction recorded from Anfield on audio & video 👉https://t.co/oaOWcUzrlr pic.twitter.com/i95OIkbVaG
— The Anfield Wrap (@TheAnfieldWrap) August 8, 2021
Elliott beraksi dalam kesebelasan utama Liverpool di Anfield dengan beliau bermain selama 84 minit, sebelum digantikan oleh Jake Cain.
Walau bagaimanapun, bekas pemain Fulham itu menggunakan kesempatan yang diberikan dengan mempamerkan aksi persembahan yang sangat luar biasa.
Para peminat begitu terpegun dan teruja melihat aksi persembahan beliau sepanjang perlawanan tersebut dan merasakan bahawa Elliott berada di tahap yang berbeza pada ketika ini.
https://twitter.com/CF_Comps9/status/1424477444069810183?s=19
“Dia patut berada dalam kesebelasan utama pada musim hadapan, aksi persembahan yang sangat mengagumkan, kawan saya yang menyokong Blackburn tidak menipu, kerana mereka kata Elliott bakat luar biasa.”
“Saya rasa dia sudah bersedia untuk ada dalam skuad utama, ada ke sesiapa yang teringat pada Sterling ketika melihat aksi dia?”
“Trent Alexander Arnold, Harvey dan Mo Salah boleh memberi ancaman yang merbahaya pada pasukan lawan dari sudut sebelah kanan, dia seharusnya diberi kesempatan.”
“Harvey Elliott merupakan pemain yang istimewa. Di usia 18 tahun dia sudah berada di tahap ini, dia sudah boleh beraksi dalam kesebelasan utama saingan Premier League.”
What Harvey Elliott did after final whistle in Liverpool's friendly with Athletic Bilbao 👏 #lfc https://t.co/Kf0d6cBoUj
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) August 8, 2021
Begitulah komen-komen dari para peminat yang teruja dan terpukau melihat aksi persembahan Harvey Elliott ketika bertemu Bilbao malam semalam.
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menggunakan Elliott di posisi midfield ketika beraksi bertemu Bilbao, namun beliau menegaskan yang perubahan posisi itu hanyalah untuk melihat kemampuan pemainnya untuk bermain lebih ke dalam.
“Dia (Elliott) boleh bermain di posisi itu dan bagaimana kamu nampak ada satu ketika dia maju ke hadapan, Mo masuk ke tengah dan Harvey beralih ke sayap kanan.”
Jelas Klopp kepada laman rasmi kelab.
Harvey Elliott during the game between Liverpool and Athletic Bilbao 😳🎥#LFC 🔴 https://t.co/0PLA4VNkyq
— Reds Report (@_RedsReport) August 8, 2021
“Dia berjaya merembat bola dan terkena palang pada satu ketika di atas padang. Dia boleh bermain di pelbagai posisi berbeza, memang langsung tak ada keraguan tentang itu.”
“Tapi ketika aksi pra musim, kami mahu lihat dia bermain peranan lebih ke dalam kerana untuk pemain muda, kamu harus belajar banyak perkara, ketika kamu berada di luar dan kamu dapat bola dari masa ke semasa. Kami mahu dia lebih banyak melibatkan diri dengan bola.”
“Dan saya fikir dia sudah membuka langkah yang besar pada aksi pra musim ini. Jika Harvey kekal cergas, maka dunia bola sepak akan teruja tentang hal itu.”
Fair shout this! #lfc https://t.co/WXmdeMxhO1
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) August 8, 2021
“Saya suka persembahan dia hari ini, saya suka gaya permainan dia dan sikap dia sepanjang pra musim. Jadi ia baik untuk kami, dan baik juga untuk dia sendiri.”
Diogo Jota berjaya membuka tirai jaringan untuk Liverpool pada aksi babak pertama permainan, namun Alejandro Remiro cemerlang mengikat kedudukan pada aksi babak kedua untuk memastikan perlawanan tamat dengan keputusan 1-1.