Isu Guard Of Honor terus menjadi perdebatan di Sepanyol melibatkan Barcelona dan Sepanyol. Sebelum ini Zinedine Zidane dan Sergio Ramos menyatakan beliau merasakan Real Madrid tidak perlu melakukan perkara itu kepada Barcelona.
Jordi Alba menyatakan Real Madrid harus memberikan Guard Of Honour kepada Barcelona.
Ramos sahkan tak akan ada guard of honour buat Barca
Semalam, Sergio Ramos sekali lagi menegaskan dan mengesahkan mereka tidak akan memberikan Barcelona Guoard Of Honour kepada Barcelona dalam perlawanan el clasico Ahad ini.
Barcelona sah menjadi juara La Liga selepas inspirasi hatrik Messi membantu mereka menang 4-2 ke atas Deportivo. Ramos berkata:
“Coach Zidane sudah menyatakannya dan ia sudah difahami dan kami semua akan mengikutnya. Kami tak akan membuat guard Of honour kepada Barcelona pada Ahad depan.”
“Jangan tanya saya lagi akan hal itu, biarkanlah mereka menikmati kejuaraan liga yang mereka mahukan dan kami pula akan fokus kepada Bayern Munich.”
“Barcelona telah menamatkan musim ini dengan hebat, menjuarai 2 kejuaraan. Kami pula hampir ke final (UCL) dan mahu penyokong kami membantu kami untuk menang.”
Congratulations to @FCBarcelona for winning LaLiga and the Copa del Rey this season.
— Real Madrid C.F. 🇬🇧🇺🇸 (@realmadriden) April 30, 2018
Dendam Zidane
Kenapa Zinedine Zidane enggan memberikan Guard Of Honour kepada Barcelona? Ini kerana Zidane menyatakan, Barcelona terlebih dahulu enggan menghormati kejayaan Real Madrid menjadi juara kelab dunia di Bernabeu.
Pada Disember 2017 yang lalu, Guillermo Amor, Pengarah Institusi Barcelona telah membuat kenyataan media bahawa Barcelona tidak akan melakukan ‘pasillo’ (Guard of Honour) kepada Real Madrid walaupun mereka berjaya menjadi juara kelab dunia pada el clasico 23 Disember 2017 di Santiago Bernabeu.
Ini kerana, menurut Amor, Barcelona hanya akan memberikan pasillo untuk kejohanan yang mereka sertai sahaja. Ianya jelas tidak disenangi Zidane yang berpendapat, setiap pasukan yang memenangi trofi wajar diberikan penghormatan.
Amor berkata:
“Kelab kami hanya memberikan pasillo untuk lawan yang menjuarai kejohanan yang kami turut sertai.”
Zinedine Zidane agak kecewa kerana, guard of honor adalah satu penghargaan kepada pasukan yang memenangi kejuaraan dan menganggap tindakan Barcelona itu sebagai hari di mana Barcelona memungkiri semangat kesukanan.
“Jika guard of honour adalah tradisi penghormatan kepada pasukan yang memenangi trofi, makan Barceloa terlebih dahulu mengingkarinya. Jadi, kami tak akan berikan mereka guard of honour di Nou Camp. Itu keputusan dari saya.”
Adakah Real Madrid patut mengubah pendirian?
Pada Ahad lalu, Deportivo memberikan Barcelona guard of honour kerana kejayaan Barcelona menjuarai Copa Del Rey sebelum itu.
Graham Hunter dalam kolum beliau di Revista La Liga menyatakan Real Madrid harus memberikan penghormatan kepada lawan mereka. Ianya satu penghormatan yang sangat mudah dalam sukan tertinggi seperti mana dilakukan Deportivo kepada Barcelona.
“Sebelum ini pada 2007/08, ketika Real Madrid menjuarai La Liga, Barcelona memberikan mereka guard of honour di Santiago Bernabeu.”
Seorang lagi pundit untuk La Liga Weekly, Terry Gibson juga berpendapat, Real Madrid harus melakukan pasillo kepada Barcelona.
“Saya berpendapat, mereka harus memberikan guard of honour kepada Barcelona. Depor melakukannya Ahad lalu, mereka ada perlawanan yang penting ketika itu untuk kekal dalam liga.”
“Benda ini tak lama, sekejap sahaja. Ia adalah satu tindakan menghormati lawan. Dan sudah pastinya akan lebih banyak kontroversi berlaku jika anda tak melakukannya.”
“Ini hanyalah sukan, bola sepak. Ia tak akan mengancam nyawa dan tak akan mencederakan sesiapa jika Real Madrid tidak melakukannya.”
Beliau juga menegaskan, ramai pemain Barcelona dan Real Madrid yang beraksi untuk Sepanyol, penghargaan guard of honour boleh menaikkan lagi semangat berpasukan mereka kelak ketika di kem Sepanyol untuk Piala Dunia.