Ramos: “Kami Kecewa Media Kaitkan Mourinho Dengan Kepulangan Ke Real Madrid”

Kapten Real Madrid, Sergio Ramos ternyata tidak gembira dengan berita yang mengaitkan kepulangan semula Mourinho ke Santiago Bernabeu selepas pengendali berbangsa Portugis itu dipecat Manchester United.

Jose Mourinho merupakan bekas pengendali Real Madrid. Beberapa laporan di Sepanyol menyatakan Florentino Perez mahu membawa semula Mourinho ke Real Madrid kerana pengurus itu memiliki reputasi yang sangat besar.

Menurut Sergio Ramos, berita itu hanyalah sensasi untuk melariskan akhbar. Namun beliau meminta kesemua media berhenti mengaitkan Mourinho dengan Real Madrid kerana ianya satu penghinaan ke atas Santiago Solari

Solari diberikan jawatan pengurus tetap oleh Real Madrid menggantikan Julen Lopetegui dengan kontrak sehingga 2021.

Solari sebelum itu dilantik sebagai pengurus interim.  Selepas cemerlang dalam beberapa perlawanan awal di Real Madrid, kelab gergasi Sepanyol itu memberikan jawatan tetap.

Di Sepanyol, setiap pasukan hanya dibenarkan menggunakan khidmat interim selama 2 minggu. Real Madrid yakin Santiago Solari pengurus yang tepat.

Sergio Ramos meminta semua pihak menghormati Solari sebagai pengurus mereka. Ramos berkata: “5 Tahun kami sudah kami di sini tanpa Mourinho. Dan kamu [media] masih bercakap tentang beliau dan pasukan kami.”

“Mourinho adalah seorang yang memiliki tahap pemasaran yang sangat tinggi. Namun begitu, tanpa beliau kami telah memenangi segalanya, dan masih juga ada orang bercakap tentang beliau.”

“Sekarang ini, Santiago Solari ada di sini [sebagai pengurus] dan kita semua haruslah menghormati beliau.”

Real Madrid kini berada di Abu Dhabi – bersaing dalam kejohanan kelab dunia. Mereka sedang dalam rangka persiapan untuk berhadapan dengan Al-Ain di perlawanan akhir pada 23 Disember ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN