Sergio Ramos dikritik kerana tidak mengeluarkan bola untuk menghentikan perlawanan ketika Luis Suarez terbaring di atas padang.
Sepanjang perlawanan, Sergio Ramos menjadi sasaran penyokong di Nou Camp kerana ketegangan sebelum perlawanan lagi, melibatkan isu guard of honour.
Ramos tidak menyesal dengan perbuatan beliau itu dan berkata, beliau kenal sangat dengan Luis Suarez yang pandai berpura-pura sakit.
“Kami kenal sangat dengan Luis Suarez dan kami tidak akan mengeluarkan bola untuk situasi seperti itu.”
“Apabila mana-mana pemain lawan kami kesakitan atau cedera di dalam padang, kami akan mengeluarkan bola. Itu adalah satu rasa hormat kepada lawan kita.”
“Apabila sampai dekat Luis Suarez, kami kenal dia jenis macamana. Kami tidak mengeluarkan bola kerana yakin Luis Suarez tidak cedera pada ketika itu. ”
Marcelo sependapat dengan Sergio Ramos. Beliau juga merasakan mereka melakukan tindakan tepat untuk tidak mengeluarkan bola.
Luis Suarez pula berang dengan pengadil dan pemain-pemain Real Madrid yang tidak menghentikan perlawanan ketika beliau sedang kesakitan. Beliau berkata:
“Saya bukanlah nak mengajar sesiapa pun di sini. Cukuplah saya mendidik 3 anak saya di rumah. Itu tugas pengadil dan kami mahu menang perlawanan.”
Perlawanan el clasico di antara Barcelona dan Real Madrid berakhir 2-2. Real Madrid juga tidak memberikan guard of honour kepada Barcelona ketika memasuki padang.