Sergio Ramos memang dikenali dengan mulut puakanya yang suka berterus terang. Terbaru kapten Real Madrid itu ditanya akan komen beliau tentang Griezmann.
Ramos yang masih sakit hati dengan gambar yang dimuat naik Griezmann selepas kejayaan Atletico memenangi Piala Super Eropah.
Ilustrasi itu memaparkan Ramos menyerahkan mahkota kepada Griezmann di singgahsana.
Selepas itu Griezmann menyatakan yang beliau kecewa tak dicalonkan dalam senarai akhir Ballon d’Or ataupun FIFA Best.
Griezmann dengan sinis memberitahu dia berhak memenangi FIFA Best dan Kylian Mbappe adalah pemain yang akan menyaingi beliau pada masa akan datang.
Ini kerana Griezmann membantu Atletico memenangi Europa League dan juga memenangi Piala Dunia dengan Perancis.
Griezmann mendakwa dirinya adalah pemain yang duduk semeja (setaraf) dengan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.
Ramos seakan-akan tak mahu lepaskan peluang untuk menembak balik Griezmann.
Bercakap kepada media, Ramos menganggap Griezmann sebagai masih taraf budak hingusan daripada cara pemain itu meluahkan kekecewannya dan mengiktiraf diri setaraf Messi dan Ronaldo.
Ramos sentiasa teringat akan legenda besar sepanjang karier mereka tidak pernah obses dengan Ballon d’Or.
Dan mereka tidak memerlukan anugerah seperti itu untuk membuktikan diri mereka antara yang terbaik.
Ramos juga berpendapat yang Griezmann tidak setaraf Messi ataupun Ronaldo. Dia masih budak-budak kalau nak dibandingkan dengan 2 nama itu.
“Dia seorang yang degil dan susah nak dengar kata.”
“Apabila saya mendengar budak-budak seperti ini bercakap, saya akan teringat pemain legenda seperti (Francesco) Totti, Raul, (Gianluigi) Buffon, Iker (Casillas), (Paolo) Maldini, Xavi ataupun (Andres) Iniesta yang rumah mereka penuh dengan piala tetapi tiada satu Ballon d’Or.”
“Semua orang bebas menyatakan pandangan mereka. Tetapi saya rasa dia harus meminta nasihat daripada Cholo (Diego Simeone), (Diego) Godin ataupun Koke. Pemain yang ada lebih dihormati di Atletico.”
“Tetapi saya sentiasa percaya dia pemain yang hebat dan saya ucapkan selamat maju jaya.”