Ramos Ceroboh Terowong, Real Madrid Kata UEFA Tak Akan Ambil Tindakan

Dalam pelawanan suku akhir UCL di antara Real Madrid dan Juventus, Sergio Ramos telah menceroboh terowong walaupun beliau sepatutnya berada di tempat duduk penyokong kerana digantung.

Ramos pada awalnya berada di anjung tinjau koporat untuk menyaksikan perlawanan tersebut. Namun selepas melihat Juventus mendahului pasukan Real Madrid pada separuh masa pertama beliau telah turun ke kawasan teknikal melalui terowong.

Tindakan Ramos ini dipertikaikan ramai pihak. Adakah beliau boleh untuk melakukan begitu? Dan adakah UEFA akan mengenakan tindakan kepada Ramos.

Ini kerana, pemain dan jurulatih yang digantung tidak dibenarkan berada di terowong masuk ke padang, apatah lagi berada di kerusi teknikal (bangku simpanan) pasukan.

Bercakap kepada BeIN Sports, pengarah Real Madrid, Emilio Butragueno mengesahkan yang UEFA sudah memberitahu Real Madrid, bahawa mereka tidak akan mengambil tindakan ke atas Ramos.

“UEFA telah memberitahu kami yang Ramos tidak akan dikenakan tindakan disiplin tambahan. Ini kerana Ramos didapati tidak menghadirkan sebarang risiko keselamatan ataupun mengganggu perlawanan.”

Namun begitu, UEFA masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan isu ini. Ramai yang berpendapat, UEFA kena konsisten untuk peraturan seperti ini.

Ini bagi mengelakkan ada pihak yang akan cuba melakukan perkara yang sama dan tidak berpuas hati. Pep Guardiola dilarang berada di kerusi simpanan pada separuh masa kedua dalam suku akhir di Etihad.

Bayangkan Pep Guardiola selepas ini akan turun ke bangku simpanan dan hanya duduk di situ tanpa memberikan arahan kepada pasukan kerana tidak mahu mengganggu perlawanan.

Tindakan Ramos telah melanggar Artikel 15 Seksyen vii dalam buku ‘Misconduct of Players and Officials’ UEFA. Mana-mana individu yang tidak terlibat di dalam perlawanan, adalah dilarang untuk berada di kawasan teknikal.

Michael Oliver dijangka akan memberikan laporan bagi pihak pegawai perlawanan dan Sergio Ramos akan menunggu akan laporan itu.

Pada 2014, Xabi Alonso melakukan kesalahan yang sama. Beliau digantung perlawanan tetapi telah turun ke bawah untuk meraikan gol kemenangan dalam final UCL. Alonso kemudian dikenakan tindakan gantung 1 perlawanan lagi selepas itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN