Ramos Bidas Pengkritik Salahkan Beliau Sebabkan Kecederaan Salah

Sergio Ramos berkata Mohamed Salah masih boleh meneruskan perlawanan untuk Liverpool dalam perlawanan akhir UEFA Champions League (UCL), jika pemain itu mendapatkan suntikan untuk bahu yang tercedera.

Pemain pertahanan Real Madrid itu juga berkata, Salah terlebih dahulu mengundang pergelutan tersebut, yang akhirnya menyebabkan pemain tersebut dibawa keluar sambil menangis.

(Photo by Matthew Ashton – AMA/Getty Images)

Ramos turut dipersalahkan kerana bertembung dengan Loris Karius, sehingga menyebabkan penjaga gol Liverpool itu mengalami trauma kepala.

Kecederaan terhadap Salah mengundang seorang peguam dari Mesor, Bassem Wahba memfailkan saman terhadap Ramos membabitkan tuntutan sebanyak €1 billion.

Ketika bercakap kepada wartawan AS, Ramos dipetik sebagai berkata:

(Photo by David Ramos/Getty Images)

“Mengarut. Mereka seperti sengaja membesar-besarkan perkara terhadap insiden tersebut. Selama ini saya tidak mahu mengeluarkan kenyataan kerana perkara ini sangat nyata ianya bukan seperti yang mereka dakwa.”

“Saya masih ingat dengan jelas insiden dalam perlawanan tersebut. Salah terlebih dahulu mengepit lengan saya, menyebabkan saya jatuh ke arah sebelah yang lain. Dan kemudian mereka mendakwa saya membuat aksi judo terhadap Salah.”

“Selepas itu mereka (penyokong Liverpool) mendakwa saya sengaja menyiku penjaga gol mereka.”

(Photo by VI Images via Getty Images)

“Saya telah menghubungi Salah melalui SMS selepas itu. Salah adalah seorang individu yang baik. Saya yakin Salah boleh meneruskan aksi jika memperolehi suntikan.”

“Saya tahu kerana saya pernah melalui kecederaan yang hampir sama.”

Ramos turut mempersoalkan mereka yang mempersoalkan integriti beliau sebagai pemain kerana kejayaan beliau bersama Real Madrid.

“Saya tidak pasti sama ada semua ini adalah kerana saya telah bersama dengan Real Madrid dengan begitu lama dan telah menjuarai segalanya. Mungkin disebabkan itu, mereka melihat perkara ini dari perspektif yang berbeza.”

(Photo by VI Images via Getty Images)

“Semua benda ini mengarut. Atau adakah saya terlepas pandang bahawa Roberto Firmino turut menghidapi selsema disebabkan peluh dari badan saya yang terkena kepada badan beliau?” tambah Ramos dalam perumpamaan bahawasanya segala tuduhan tersebut sebagai tidak berasas.

Walaupun terdapat desakan agar Ramos dihukum oleh UEFA kerana kekasaran terhadap Salah dan Karius melaui satu petisyen yang berjaya mengutip lebih dari 400,000 tandatangan dari seluruh dunia, badan induk bola sepak eropah itu mengesahkan Ramos tidak melakukan apa-apa kesalahan dalam perlawanan akhir tersebut.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN