Sergio Ramos ternyata bengang dengan pengadil yang tidak memberikan 2 penalti yang diminta oleh mereka pada aksi el clasico berhadapan Barcelona.
Menurut Ramos, penalti itu adalah jelas. Dan kenapa pengadil tidak menyemak semula menggunakan VAR.
Pada separuh masa pertama, Raphael Varane dikasari oleh Clement Lenglet. Dan Varane juga turut dikasari Ivan Rakitic ketika sepakan penjuru.
Pengadil perlawanan, Alejandro Jose Hernandez Hernandez tidak memberijan penalti dan tidak langsung merujuk insiden itu kepada VAR.
https://twitter.com/Realmadrilegacy/status/1207409941218287619
Ramos menegaskan ia adalah pengadilan yang teruk kerana jika pengadil melihat semula ulang tayang menerusi VAR, sudah pastinya beliau akan memberikan Barcelona penlati.
Bercakap kepada Movistar, Ramos berkata: “Kami melihat kembali insiden itu ketika rehat, dan jelas sekali ada 2 penalti yang terang-terang berlaku. Namun kami tidak mampu mengubahnya.”
“VAR digunakan di sini untuk membantu pengadil. Kami kurang bernasib baik. Mungkin hari lain, giliran lawan kami pula yang patut dapat penalti, namun ianya tidak diperiksa oleh VAR.”
Real Madrid terikat tanpa jaringan dengan Barcelona. Kedua-dua pasukan memiliki banyak peluang gol dan saling serang menyerang. Gareth Bale hampir memberikan Real Madrid gol kemenangan. Namun ianya dibatalkan VAR kerana ofsaid.
Ramos kini menjadi pemain paling banyak bermain dalam el clasico dengan 43 penampilan. Beliau turut bersyukur dapat satu mata dari Nou Camp.
Ramos turut berharap pasukannya mengekalkan momentum berhadapan dengan Bilbao selepas ini.
“Kamu tak boleh gembira apabila tidak menang. Namun apabila kamu berjaya membawa sebarang mata pulang dari Barcelona, ianya sentiasa perkara positif.”