Ramon Marcote Terbuka Terima Tawaran Kembali Latih Kelab Liga Malaysia

Ramon Marcote yang pernah menaikkan kembali bola sepak Kedah Darul Aman (KDA) bersama Tan Cheng Hoe dinyatakan kini tidak melatih mana-mana pasukan, setelah berpisah lebih awal bersama Ethnikos Achnas.

Kelab tersebut yang beraksi dalam saingan Divisyen Kedua Cypriot di Cyprus itu merupakan pasukan terakhir dilatih oleh Marcote dan berjaya membawa beberapa keputusan positif dari segi keputusan dan corak permainan.

Walaupun bermula dengan rekod yang sangat baik untuk kembali membawa pasukan itu berada di landasan terbaik, namun atas beberapa isu pengendali tersebut terpaksa menarik diri lebih awal.

Jurulatih yang mempunyai falsafah permainan menarik itu juga tidak menolak untuk kembali ke saingan Liga Malaysia jika ada tawaran menarik diberikan pada masa akan datang.

“Sudah pasti saya akan datang ke Malaysia jika menerima tawaran yang sangat menarik daripada mana-mana kelab.

“Sebelum itu saya perlu mengetahui terlebih dahulu mengenai projek jangka masa panjang kelab sama ada bersesuaian atau tidak.

“KDA sudah tentu yang saya sangat suka. Mereka mempunyai bakat-bakat muda sesuai untuk terus diketengahkan jika diberi peluang.

“Tetapi saya tak menolak mana-mana pasukan lain yang berminat akan khidmat saya dan sebelum itu pun saya sudah membuktikan sesuatu positif dalam saingan Liga Malaysia,” cakap Marcote kepada kami dengan ceria.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong di Malaysia yang sehingga kini masih lagi mengambil berat mengenai dirinya.

Kata Marcote, penyokong di Malaysia ini sangat unik apabila keramahan mereka seolah beliau pernah kenal dengan begitu lama biarpun baru bersemuka.

“Terima kasih semua penyokong dan rakan-rakan di Malaysia, walaupun tidak begitu lama di sana, keramahan anda buatkan saya begitu gembira seolah kita rakan karib biarpun baru berkenalan.”

Marcote yang dikenali merupakan individu yang mempunyai pengalaman cukup luas dalam bola sepak di Eropah, terutama sekali dalam membangunkan bakat-bakat muda.

Beliau juga pernah mengendalikan barisan pemain muda di Arab saudi bersama salah satu pasukan berpengaruh iaitu Al-Hilal.

Antara kelab lain di Eropah yang pernah dikendalikan Marcote ialah AD Alcorcon B, Atletico Madrid, dan Atlético Coruña Montañeros CF yang berpangkalan di Sepanyol.

Persoalannya, adakah Marcote turut berada dalam radar pengurusan KDA pada musim hadapan selaku pengendali baharu pasukan tersebut?

Ini kerana, perkhabaran yang nenyatakan Nafuzi Zain bakal menjadi jurulatih tersebut juga tiada pengesahan lebih lanjut dan ia diakui sendiri oleh pengendali berkenaan.

Jurulatih KDA ketika ini, Aidil Sharin Sahak juga telah pun berpisah bersama pasukan tersebut dengan lebih awal dan tempatnya kini diisi oleh Victor Andrag untuk memacu kelab itu dalam saingan Piala Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN