Ramon Marcote Sudah Tiba Untuk Muktamadkan Kontrak Dengan Kedah

Ini adalah berita yang ditunggu-tunggu oleh penyokong Kedah. Tengah malam semalam, facebook rasmi Persatuan Bola Sepak Kedah telah mengumumkan ketibaan Ramon Marcote di Kedah. Dalam kenyataan rasmi mereka, KFA menyatakan:

“Ramon Marcote tiba malam tadi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar melalui perjalanan jauh dari kampung beliau iaitu Cee dan mengharungi tempoh 29 jam dari A Coruna, Sepanyol.”

Ketibaan Ramon Marcote adalah untuk memuktamadkan perbincangan dan kontrak sebagai ketua jurulatih pasukan Kedah untuk mengendalikan skuad Helang Merah bermula musim hadapan.

KFA mengesahkan Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah dan Puan Sri Ginney Chew adalah orang penting dalam membawa pulang Ramon Marcote ke pangkuan pasukan Kedah.

Pada bulan lalu, Puan Sri Datin Ginney Chew, Ketua Pegawai Kewangan ECK Development Sdn. Bhd telah melakukan pungutan suara penyokong Kedah di media sosial. Dan ia telah mendapat sambutan luar biasa.

KFA sebelum itu menerima perletakan jawatan Nidzam Adzha dan segera mencari pengendali baru pasukan mereka. Nama Ramon Marcote antara yang menjadi sebutan.

“Usaha pengurusan membawa kembali Ramón untuk mengemudi skuad hijaukuning ini mendapat sokongan padu peminat melalui penglibatan pihak penaja ECK Development Sdn. Bhd.”

“Restu pengurusan tertinggi diterajui YAB Presiden KFA, Dato’ Seri Diraja Ahmad Bashah Md. Hanipah merupakan antara detik awal nama pengendali dari Sepanyol tersebut disebut-sebut untuk mengemudi Kedah.”

Ramon Marcote pada masa yang sama dikatakan menantikan panggilan daripada pihak KFA. Beliau sentiasa mengikuti perkembangan pasukan Kedah.

Sebagai rekod, Ramon Marcote pernah menjadi jurulatih kecergasan pada musim 2015. Beliau kemudian menjadi interim ketika Tan Cheng Hoe melanjutkan kursu kejurulatihan Lesen A beliau di China.

Ramon Marcote cemerlang membantu Kedah mara ke final Piala Malaysia 2015. Kedah menjadi pasukan Liga Perdana ketika itu dan berjaya menjadi naib juara Piala Malaysia 2015.

Pengumuman rasmi akan dibuat oleh KFA menerusi Presiden mereka, Datuk Seri Ahmah Bashah sebaik sahaja kontrak dimeterai.

Selamat datang sekali lagi ke kancah Liga Malaysia, Ramon Marcote. Kami harapkan segala urusan dipermudahkan dan menanti pengumuman rasmi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN