Ramon Calderon Yakin Mourinho Akan Kembali Latih Real Madrid

Bekas presiden Real Madrid, Ramon Calderon memberitahu ESPN bahawa beliau yakin satu hari nanti Jose mourinho akan kembali bergelar pengurus kelab itu.

Juan Lopetegui telah dibawa sebagai pengganti kepada Zinedine Zidane.

Pengurus dari Perancis itu memilih untuk meletak jawatan sebagai pengendali di Santiago Bernabeu walaupun berjaya memenangi tiga kejuaraan UEFA Champions League secara berturut-turut.

(Photo by Jan Kruger/Getty Images)

Namun selepas hanya merekodkan satu kemenangan dari enam perlawanan, laporan di Sepanyol mengatakan Lopetegui bakal dipecat.

Satu nama yang dikaitkan sebagai pengganti Lopetegui ialah Mourinho. Calderon mempunyai alasan beliau tersendiri untuk percaya Mourinho akan kembali ke Bernabeu.

Salah satu dan sebab utamanya ialah hubungan baik pengendali dari Portugal itu dengan Florentino Perez.

Photo by Angel Martinez/Real Madrid via Getty Images)

“Jika presiden (Florentino Perez) akan kekal untuk beberapa tahun lagi, yang saya yakin akan kekal, maka saya pasti Mourinho akan kembali ke Madrid,” ujar Calderon.

“Saya tidak ragu langsung. Mourinho adalah satu-satunya jurulatih di dunia yang Presiden Real Madrid hormati.

“Walau apa pun sebab, saya berpendapat Mourinho akan kembali. Jika beliau memilih untuk berpisah dengan Manchester United, itu akan menjadi pasti. Pendek kata, lambat laun Mourinho sekali lagi akan melatih Real Madrid,” tambah Calderon lagi.

(Photo credit should read PIERRE-PHILIPPE MARCOU/AFP/Getty Images)

Selain daripada mengenai Mourinho, Calderon menganggap keputusan Real Madrid menjual Real Madrid dengan nilai €100 juta adalah kesilapan terbesar di dalam sejarah kelab tersebut.

Calderon adalah individu yang bertanggungjawab membawa Ronaldo ke Sepanyol dari Manchester United pada 2009. Kapten Portugal itu mengucapkan selamat tinggal kepada Los Blancos selepas bersama Real Madrid selama sembilan musim dan menjaringkan 450 gol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN