Kerana Berambut Qaza, Asamoah Gyan Dapat Amaran Bertulis Dari Pihak UAE

Rambut Asamoah Gyan telah mencipta kontroversi di Asia baru-baru ini!

Asamoah Gyan diberi amaran oleh pihak berkuasa Emiriyah Arab Bersatu (UAE) kerana mengenakan gaya rambut pelik.

Ia diberikan oleh pihak Persatuan Bola Sepak Emiriyah Arab Bersatu (UAE FA) kerana gaya rambut Gyan yang dianggap “tidak beradab”.

Qaza

Asamoah Gyan mendapat amaran oleh pihak UAE FA selepas beliau mengenakan gaya rambut yang diberi nama ‘qaza’ iaitu mencukur sedikit di bahagian tepi kepala.

Dalam ajaran Islam, gaya ‘qaza’ itu adalah tidak dibenarkan.

Gyan mengenakan gaya ‘qaza’ dengan mencukur angka 3 dalam tulisan Arab di kepalanya.

Pihak UAE FA telah menghantar surat amaran pertama kepada kelab Gyan iaitu Al Ahli, jika Gyan mengulangi kesilapan sama untuk kali kedua beliau akan didenda dan digantung jika masih lagi melakukannya untuk kali ketiga.

Gyan bukan sahaja yang menerima amaran tersebut, terdapat lebih 40 lagi pemain lain yang diberikan amaran tersebut selepas 1 pengadil ditugaskan untuk memeriksa gaya rambut pemain.

Berat sebelah

Namun isu ini pernah menimbulkan kontroversi, hal ini kerana terdapat isu berat sebelah dalam melaksanakan peraturan ini.

Suhail Al-Mansoori yang merupakan pemain Al Wahda yang mempunyai rambut gaya Afro telah diarahkan untuk memotong rambut beliau.

Namun pihak UAE FA bertindak untuk tidak pula menghukum pemain terbaik Asia pada tahun 2016 iaitu Omar Abdulrahman kerana walaupun beliau juga mempunyai gaya rambut yang sama!

https://twitter.com/ahdaafme/status/831591675541716992?ref_src=twsrc%5Etfw

Baca juga: Pasukan Negara Akan Tetap Lawan Korea Utara Di Pyongyang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN