‘Ramai Yang Lebih Layak’ – MB Kedah Sedia Lepas Jawatan Presiden KFA

Sanusi MB Kedah

Selepas teruk dikritik mengenai cadangan nama dan logo baharu pasukan Kedah, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor telah menyatakan hasratnya untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Dalam kenyataannya menerusi akaun media sosial, Sanusi menjelaskan keputusan tersebut dibuat kerana beliau percaya lebih ramai individu yang lebih layak untuk memikul tanggungjawab tersebutu untuk memajukan lagi sukan bola sepak di negeri itu.

Walau bagaimanapun, beliau berkata perletakan jawatan tersebut hanaya akan dibuat selepas berjaya menyelesaikan beberapa masalah terutamanya bebanan tunggakan hutang yang dianggarkan kira-kira RM10 juta.

 

“Selepas selesaikan semua hutang piutang KFA tinggalan pengurusan sebelum ini, saya bercadang menyerahkan urusan bola sepak kepada mereka yang lebih layak memikulnya.

“Ada ramai tokoh yang lebih layak untuk urusan ini. Saya akan kekal sebagai penyokong setia Hijau Kuning,” kata ADUN Jeneri berkenaan yang gembira dengan kejayaan Kedah FA melengkapkan penswastaan kelab.

“Setinggi ucapan tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) untuk melengkapkan proses penswastaan Kelab Bolasepak (FC) terutamanya pihak pentadbiran KFA dan pihak berkanun dalam memudahkan segala proses permohonan kelulusan ini.

“Kelulusan ini melayakkan Kedah untuk beraksi dalam Liga Malaysia tahun hadapan tertakluk kepada perlesenan kelab FAM.”

Dalam pada itu, Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Afnan Hamimi Taib Azamudden dalam kenyataannya yang tersebut di media sosial mengatakan tindakan segelintir pihak mensensasikan isu nama dan logo pasukan kedah hanya untuk menjatuhkan reputasi Menteri Besar Kedah sebagai Presiden.

Menurutnya, dengan masa yang agak suntuk, nama dan logo yang dipilih itu hanyalah untuk memastikan semua urusan pendaftaran diselesaikan sebelum tarikh tutup.

“Duk tunggu ja peluang nak tibai. Yang elok, dia diam, senyap tak kata apa. Masa tak banyak. Kalau gagal selesaikan pada masanya, pasukan Kedah tak dapat beraksi dalam Liga Malaysia! Yang ini lagi pedih!

“Memang banyak cadangan logo lain dan nama yang lebih hensem dan cantik. Kebanyakkannya dicadangkan oleh para penyokong hijau kuning yang setia. Nama dan logo yang cantik itu nanti boleh dipertimbangkan oleh pihak pasukan untuk dijadikan logo rasmi kelab. Difahamkan, nama dan logo masih boleh diubah.

“Saja nak bagitau, Kedah antara negeri yang berjaya daftar sebagai kelab. Ada beberapa negeri lain yang masih tak berjaya daftar. Ada isu masing-masing. Kedah steady. Walaupun tukar kepala, kerja jalan. Bahkan makin lancar.

“Prestasi pemain makin power. Nama pasukan dah kembali melonjak. Gaji tertunggak dah mula diselesaikan. Hutang tertunggak dengan KWSP dah dibayar. Hutang-hutang lain yang ditinggalkan oleh pengurusan lama juga mula dijelaskan. Penaja dah makin ramai tunjuk minat. Depa yakin dengan pengurusan baru!

“Pendek kata, semua perjalanan pasukan Kedah berjalan on-track dan makin lancar di bawah kepimpinan yang baru.”

Kredit Foto: Malaysia Gazette

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN