Ramai Pemain Perlis Mungkin Angkat Kaki Dalam Masa Terdekat

Perlis

Pasukan Perlis kemungkinan akan menjadi pasukan pertama yang menarik diri daripada saingan Liga Premier musim ini apabila beberapa pemain bintang mereka dilaporkan telah meninggalkan pasukan tersebut gara-gara kerana isu tunggakan gaji.

Malah, 3 tonggak pasukan itu tidak beraksi dalam aksi sulung Liga Premier 2019 menentang UKM FC di Stadium Cheras, kelmarin sekaligus menguatkan lagi khabar angin mengenai penghijrahan ramai-ramai pemain Perlis ke pasukan lain.

3 pemain tersebut ialah Mohd Badhri Radzi atau Piya, Khyril Muhymeen Zambri dan Nasriq Baharom. Sumber daripada media sosial turut melaporkan Piya akan kembali ke negeri kelahirannya menyertai sebuah kelab yang dinamakan sebagai Kelantan United.

Pemerhati bola sepak tanah air menjangkakan skuad kendalian Manzoor Azwira akan lumpuh kerana lebih ramai pemain Singa Utara dijangka mengikuti jejak langkah Piya menyertai pasukan lain.

Menurut sumber daripada Berita Harian, semua pemain menunggu sehingga Khamis ini sebelum menentukan hala tuju masing-masing berikutan terdapat terma dalam kontrak yang menjelaskan perjanjian akan terbatal serta merta sekiranya tidak menerima gaji dua bulan berturut-turut.

https://twitter.com/mysoccerleague/status/1092588227230195712

“Apa yang saya tahu, kalau pemain tidak menerima gaji untuk tempoh dua bulan, kontrak dikira terbatal dan secara automatik pemain boleh pergi ke mana sahaja.

“Tidak banyak yang saya boleh kongsikan namun apa yang saya diberitahu jika mereka belum terima bayaran Khamis ini, mereka boleh menentukan haluan mereka. Namun buat masa ini, mereka akan terus tunggu dan kekal ikut prosedur yang betul,” katanya.

https://twitter.com/khawari1/status/1092334177117036545

Pegawai Khas Presiden PFA, Hasmawi Hassan mengesahkan kontrak pemain akan terbatal sekiranya mereka tidak menerima gaji dua bulan.

“Dalam kontrak pemain layak buat apa saja kalau (selepas) dua bulan. Kita tengok sampai 7 hari bulan (Khamis ini),” katanya.

Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) sebelum ini mengesahkan mereka telah dihubungi oleh penyerang Perlis, Safee Sali yang meminta khidmat nasihat mereka berkenaan dengan isu tunggakan gaji.

Bulan lepas, media tempatan melaporkan 18 orang pemain Singa Utara 2 ibarat digantung tidak bertali kerana masih belum menerima tunggakan gaji seperti dijanjikan oleh pengurusan baharu Persatuan Bolasepak Perlis (PFA).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN