Ramadhan Saifullah Perlu Diberi Peluang Buat Harimau Malaya

Guimaraes after Newcastle win Carabao Cup: 'The best day of my life' Loading official content
Guimaraes after Newcastle win Carabao Cup: 'The best day of my life'
Bruno Guimaraes speaks to media after helping guide Newcastle United to their first trophy in 70-years with a Carabao Cup win.
0 seconds of 47 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
00:47
00:47
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya PSG dominate Marseille in Le Classique Messi bags his trademark chip against Atlanta United Slot on tough week after losing vs PSG and Carabao Cup final Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Kompany after draw at Union Berlin: 'It was not a bad performance' All Newcastle's goals en route to the Carabao Cup final Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Slot: 'Quansah's mentality has grown' Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Pemain sayap lincah Kuching City musim ini, Ramadhan Saifullah terus mempamerkan sensasi tersendiri dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025 menerusi impak dan ketajaman di atas padang.

Dipinjamkan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) pada saingan musim ini kepada Kuching City, jelas ia membuka lembaran baharu buat Ramadhan untuk terus membuktikan keupayaannya di atas padang.

Beraksi di posisi sayap, Aidil Sharin Sahak tidak mengambil masa panjang untuk terus memberi kepercayaan kepada Ramadhan untuk memberikan impak sensasi kepada bahagian serangan Kuching City.

Hasilnya, beliau menjadi salah satu kunci kekuatan penting buat pasukan tersebut daripada segi janaan serangan serta situasi serangan balas pantas untuk mengkucar kacirkan pertahanan lawan.

Ramadhan menawarkan elemen kepantasan, skil kawalan bola yang kemas, serta ketajaman menyakinkan di posisi serangan buat Kuching City musim ini.

Ia merupakan salah satu faktor kelemahan pasukan tersebut pada musim lalu yang berjaya diatasi dengan baik oleh pemain sayap berkenaan.

Setakat ini, Ramadhan telah meledak lima gol daripada 18 perlawanan dan jaringan terbaharu terhasil ketika Kuching City menewaskan cabaran Selangor semalam.

Gol pembukaan perlawanan tersebut terhasil menerusi kebijaksanaan Ramadhan yang berjaya meloloskan diri daripada pertahanan pelawat untuk memastikan jaringan sulung dilakar Kuching City.

Selain itu, pemain berusia 24 tahun itu juga memberikan impak besar ketika menghadapi Selangor menerusi gerakannya yang lincah untuk memberi kesukaran kepada pertahanan pelawat.

Tidak dinafikan, selain nama-nama besar seperti Arif Aiman Hanapi, Safawi Rasid, dan Akhyar Rashid yang memberi pengaruh besar di posisi sayap Harimau Malaya, nama Ramadhan juga antara paling menyerlah musim ini.

Maka menjadi suatu yang menghairankan mengapa nama beliau tidak terpilih untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan bagi siri perlawanan akan datang.

Malah, segelintir peminat juga turut menyuarakan perkara berkenaan selepas mereka tampil hairan ketiadaan nama Ramadhan buat skuad Harimau Malaya.

Apapun, peluang buat Ramadhan masih lagi terbuka jika beliau terus mempamerkan konsistensi terbaik musim ini untuk terus dipilih bersama skuad kebangsaan masa akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN