Ramadhan Saifullah Kini Dalam Perancangan Cheng Hoe

Ramadhan Saifullah JDT MSL 2020

Jaringan gol lencong yang cukup menakjubkan oleh pemain muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Ramadhan Saifullah Usman sewaktu menentang Selangor tentunya membuatkan peminat bola sepak tempatan teruja untuk melihat beliau dipanggil menyertai skuad Harimau Malaya selepas ini.

Pemain sayap berusia 20 tahun itu meledak dua gol ketika membantu JDT membelasah Selangor 6-1 dalam aksi CIMB Liga Super di Stadium UiTM Shah Alam Sabtu lalu selepas masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua.

Ianya juga merupakan gol keempat Ramadhan dalam empat perlawanan liga buat skuad utama Harimau Selatan pada musim ini selepas turut menjaringkan gol ketika berdepan Pahang dan Perak.

Perkembangan tersebut jelas menggembirakan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe yang mengakui telah mula terpikat dengan aksi luar biasa yang dipamerkan oleh pemain skuad bawah itu dan berhasrat untuk menyenaraikannya dalam skuad negara pada masa akan datang.

Dalam kenyataannya kepada Harian Metro, pengendali berusia 52 tahun itu menegaskan kriteria utama dalam pemilihan pemain bukanlah dinilai daripada umur tetapi berdasarkan prestasi semasa.

“Semua pemain yang menunjukkan prestasi yang bagus dalam liga kita akan bagi peluang menyertai kem latihan pasukan negara dan dari situ kita akan nilaikan semula. Kemungkinan besar akan ada ramai muka baharu.

“Memang saya nampak dia (Ramadhan) memiliki potensi besar untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan,” kata bekas jurulatih Kedah itu.

“Ramadhan walaupun dalam usia muda dan kurang pengalaman yang banyak tetapi dia menunjukkan karakter sebagai pemain menyerang yang berani untuk menggelecek dan pada masa sama mempunyai penyudah yang baik. Itu ciri-ciri pemain menyerang.”

Ramadhan juga merupakan sebahagian daripada anggota skuad Malaysia ke Kejuaraan B-19 AFC 2018 di bawah kendalian Bojan Hodak.

Malaysia ketika ini masih masih dalam misi untuk menamatkan pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di kedudukan terbaik di mana ketika ini skuad kendalian Cheng Hoe sedang menghuni tangga kedua Kumpulan G dengan sembilan mata selepas mengharungi lima perlawanan.

Semua aksi antarabangsa yang dijadualkan pada tahun ini telah pun ditangguh ke tahun hadapan.

Kredit Foto: Johor Southern Tigers

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN