Ralph Hasenhuttl vs Thomas Tuchel, Pertembungan ‘DNA Bundesliga’ Di EPL

Thomas Tuchel Ralph Hasenhuttl

Perlawanan di antara Southampton dan Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada minggu ini menjanjikan sesuatu yang cukup menarik untuk peminat bola sepak melibatkan pengurus kedua-dua pasukan.

Ralph Hasenhuttl dan Thomas Tuchel sebelum ini pernah berseteru di Bundesliga ketika masing-masing menjadi pengurus di RB Leipzig dan Borussia Dortmund dan kini bakal meneruskan perseteruan mereka di EPL.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah ‘DNA’ kedua-dua jurulatih ini sebenarnya dibentuk oleh sorang individu iaitu pengarah sukan RB Leipzig, Ralf Rangnick.

Hasenhuttl mula mengukir namanya di pentas Eropah apabila membimbing Leipzig selama dua musim, sementara Tuchel pula merupakan pemain pertahanan SSV Ulm sekitar tahun 1997-1998 di bawah kendalian Rangnick.

Rangnick dianggap sebagai salah seorang jurulatih yang memberi pengaruh cukup besar kepada revolusi bola sepak Jerman. Antaranya adalah taktik Gegenpressing yang memberi tekanan kepada pihak lawan apabila kehilangan bola selain memperkenalkan gaya serangan balas yang cukup ampuh.

“Saya pernah menjadi pemain kepada Ralf Rangnick. Saya mewakili kelab divisyen ketiga dan kedua dan Ralf menyedarkan saya bahawa dia tidak perlu mengekori penyerang hingga ke tandas,” ujar Tuchel kepada Stadium Astro.

https://twitter.com/TheFantasyFooti/status/693522356027920384?s=20

“Dia menjadikan pasukan divisyen tiga lebih mantap menerusi taktik baru, empat pemain bek tidak merantai pemain lawan sebaliknya bertahan di ruang formasi 4-4-2 atau 4-5-1.

“Itu membawa perubahan besar kepada cara saya membaca permainan selepas pengalaman saya dengan Ralf itu. Ia berbeza kerana saya mempunyai pandangan yang sama sekali berlainan tentang apa yang sedang berlaku.”

Bercakap mengenai rakan sejawatnya itu di Southampton itu,beliau mengakui mereka berdua banyak dipengaruhi oleh falsafah bola sepak yang diperkenalkan oleh Rangnick.

“Ralf memainkan pengaruhnya di Leipzig ketika bekerjasama dengan Ralph. Terdapat ramai pengurus yang telah dipengaruhi oleh falsafah ini.

“Tetapi saya benar-benar percaya bahawa setiap orang harus mencari gayanya yang tersendiri, setiap orang harus mempunyai idea sendiri. Anda harus menjadi diri sendiri. Anda tidak boleh meniru sesiapa pun.”

Sebelum tiba di EPL, Hasenhuttl telah membimbing empat kelab Jerman dan beliau merupakan seorang pengurus yang tidak mementingkan penguasaan permainan buat pasukannya dan sehingga pernah dilabelkan sebagai ‘anti-Guardiola’.

Falsafah yang menjadi keutamaannya adalah menguasai corak permainan menekan menerusi serangan balas pantas apabila mereka menguasai bola.

Kenyataan ini terbukti apabila ketika RB Leipzig muncul naib juara saingan Bundesliga, ketepatan hantaran buat pasukannya adalah sekadar 75% sahaja.

Kebanyakkan jaringan yang dicipta adalah menerusi ‘through ball’ yang mencari Timo Werner dan apa yang menarik penyerang tersebut kini beraksi untuk Tuchel di Chelsea.

Impak Tuchel di EPL setakat ini jelas terbukti di mana beliau masih mengekalkan rekod tanpa kalahnya dalam enam perlawanan dan menang berturut-turut dalam lima perlawanan terakhirnya selepas terikat tanpa jaringan dengan Wolverhampton Wanderers dalam aksi pertamaya.

Kredit Foto: Getty Images

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Thomas Tuchel dan Ralph Hasenhuttl:

Falsafah Bola Sepak 4-2-2-2 Ralph Hasenhuttl & Pentstrukturan Semula Yang Kembalikan Wajah Southampton

Dilabel Sebagai ‘Anti-Guardiola’, Apa Yang Istimewa Mengenai Ralph Hasenhuttl?

Rekod Thomas Tuchel Lawan Kelab Inggeris Sebelum Ke Premier League

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN