Kajian Menunjukkan 78% Rakyat Perancis Tak Mahu Benzema Kembali Ke Skuad Kebangsaan

Satu kajian di Perancis telah dilakukan dengan menjadikan rakyat Perancis sebagai responden.

Dalam kajian itu, rakyat Perancis ditanya mengenai pasukan kebangsaan mereka.

Tak dimahukan

Dalam kajian yang dilakukan, rata-rata respoden tidak mahu penyerang Real Madrid, Karim Benzema kembali semula ke dalam skuad kebangsaan.

Beliau yang kini sedang mengalami tempoh pergantunggan akibat skandal pita rakaman seks yang turut melibatkan rakan senegara iaitu Mathieu Valbuena dijangka akan kembali dari pergantungan tidak lama lagi.

Namun begitu bagi rakyat Perancis, mereka tidak mahu lagi kelibat Benzema menyarung jersi kebangsaan Perancis.

Hal ini kerana, 78% dari responden memberikan kata tidak untuk pemain itu kembali ke dalam skuad kendalian Didier Deschamps.

Sebaliknya, rakyat Perancis masih tidak kisah untuk mengekalkan pemain-pemain seperti Antoine Griezmann, Dimitri Payet dan juga penjaga gol – Hugo Lloris.

Siapa yang rakyat Perancis mahu?

Selepas rakyat Perancis secara majoritinya mahu menolak Karim Benzema dari kembali menyertai skuad kebangsaan. Jadi siapa yang mereka mahukan sebagai pegganti?

Kebanyakan daripada mereka mahu pemain muda AS Monaco, Kylian Mbappé untuk diberikan peluang oleh Deschamps untuk mengetuai barisan serangan Perancis.

Hal ini kerana, mereka merasakan prospek muda itu mempunyai peluang untuk menjadi seorang yang cukup berjaya bersama pasukan juara dunia 1998 itu.

Jadi adakah kini waktu yang tepat untuk Deschamps memanggil Mbappé ke dalam skuad Perancis?

Baca juga: Lyon Jadi Kelab Pertama Perancis Tubuhhkan Pasukan E-Sukan Sendiri

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN