Rakuten, Inc., penyedia perkhidmatan berasaskan internet pada hari ini mengumumkan pelancaran Rakuten Sports. Rakuten Sports ialah perkhidmatan baharu berasaskan pelayaran video masa sebenar (live streaming), video atas permintaan (video on demand) akan menjadi platform terbaru oleh Rakuten untuk menyiarkan kandungan sukan secara global.
Di Rakuten Sports, penonton boleh menyaksikan perlawanan Meiki Yasuda J. League dari musim 2019 secara siaran langsung mahu pun atas permintaan. Perkhidmatan penyiaran tersebut buat masa ini adalah berasaskan kandungan bola sepak, seperti siri asal Iniesta TV – yang menyiarkan perihal pemain bintang Andres Iniesta yang beraksi untuk kelab yang berada di bawah naungan kumpulan Rakuten, Vissel Kobe.
Untuk menyiarkan perlawanan J. League musim 2019, Rakuten mengambil inisiatif bekerjasama dengan Lagardere Sports – pemegang hak penyiaran antarabangsa pertandingan bola sepak profesional di Jepun – untuk menyiarkan perlawanan J League ke 140 buah negara di setiap pelusuk dunia, tidak termasuk Jepun dan beberapa tempat lain.
Perkhidmatan dan aplikasi terbaru dari Rakuten Sports ini dijangka dapat dimanfaatkan oleh peminat sukan bola sepak dari Vietnam, Singapore, Philippines, Indonesia, Malaysia, Cambodia, Myanmar, Laos, dan negara-negara lain di Asia Tenggara dimana populariti sukan bola sepak dan jumlah pengikut J. League sedang menunjukkan peningkatan memberangsangkan.
BREAKING: Rakuten Sports brings the J.League to more than 140 countries and regions worldwide! Catch matches from the 2019 season live and on demand, episodes of Iniesta TV and more on the global live streaming, video on demand and community platform.https://t.co/ZRCOnuLrTR
— Rakuten Today (@RakutenToday) June 11, 2019
“Rakuten percaya keupayaan sukan mampu merentasi halangan yang disebabkan perbezaan bahasa dan budaya – keupayaan yang mampu menghubungkan manusia dan membentuk komuniti,” ujar Naib Presiden Eksekutif Kumpulan Rakuten, Makoto Arima yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif bahagian pendapatan (CRO) dan Presiden kepada bahagian media dan sukan syarikat tersebut.
“Kami bersukacita kerana mampu menjadi medium penghantar kandungan sukan kepada lebih ramai orang di seluruh dunia, yang juga merupakan sebab utama kerjasama dantara Rakuten dan rakan niaga dilakukan demi memberikan kepelbagaian di dalam inisiatif berbentuk sukan dan kehidupan.
“Rakuten Sports mewakili kepentingan keseluruhan misi ini. Kami berharap kami mampu menyumbang demi memastikan pertumbuhan terus J. League dengan cara berkongsi apa yang boleh liga ini tawarkan kepada peminat sukan bola sepak di seluruh dunia.”
.@Rakuten to launch #sports #streaming channel. https://t.co/TWR2VI2iQ5 pic.twitter.com/vc64DU69i2
— Digital TV Europe (@digitaltveurope) June 12, 2019
Pengarah Pengurusan J.League, Massaki Kimura pula berkata, “Ia adalah satu keterujaan bagi kami apabila Rakuten Sports bekerjasama menyiarkan perlawanan Meiji Yasuda J1. League ke seluruh dunia melalui platform mereka bagi musim 2019.
“Sebagai tambahan kepada bintang bola sepak dunia seperti Andres Iniesta dan Fernando Torres yang bermain di liga ini, kami dapat merasakan kini terdapat lebih banyak tarikan global terhadap saingan liga di sini. Sudah tentu kami mengharapkan hasil kerjsama yang positif bersama Rakuten Sports untuk menjadikan saingan liga ini menjadi lebih menarik untuk peminat sukan dari seluruh dunia.
Selain daripada bola sepak, Rakuten Sports turut bercadang menyiarkan acara bola keranjang, ping pong dan sukan lain melalui platform mereka di masa hadapan. Sebagai langkah untuk terus ke hadapan, Rakuten turut bercadang membina aplikasi yang menggalakkan hubungan dua hala di kalangan penyokong dan peminat melalui kandungan yang dikongsi melalui platform tersedia.
Rakuten launches Rakuten Sports: Live streaming, VOD for global sports fans https://t.co/TIFPso06at pic.twitter.com/R7R7O7IZi5
— CK Wong (@ckaywong) June 12, 2019
Untuk itu, Rakuten komited untuk menghasilkan kandungan yang menepati citarasa peminat sukan demi memperkayakan sumbangan mereka kepada komuniti sukan dunia.
Setakat ini semua perlawanan J. League boleh ditonton di mana-mana sahaja kecuali di beberapa negara seperti Algeria, Bahrain, Bosnia Herzegovina, Brunei, Kanada, Chad, China, Croatia, Djibouti, Mesir, FYR Macedonia, Hong Kong, Iran, Iraq, Japan, Jordan, Kosovo, Kuwait, Lebanon, Libya, Macau, Mauritania, Mongolia, Montenegro, Maghribi, Oman, Palestin, Qatar, Sudan, Arab Saudi, Serbia, Slovenia, Somalia, Korea Selatan, Sudan Selatan, Syria, Thailand, Tunisia, United Arab Emirates, Amrika Syarikat dan Yemen. Iniesta TV pula boleh ditonton di seluruh dunia dengan bantuan sambungan internet.
Melalui pautan https://sports.rakuten.com kini anda boleh menikmati perlawanan J. League melalui pelbagai peralatan seperti smart TVs, komputer, telefon pintar, tablet dan pelbagai peralatan elektronik lain yang boleh disambungkan kepada internet semudah di hujung jari.