Rusia 2018: Rakitic Sanggup Korban Karier Asalkan Croatia Menang Piala Dunia

Croatia kini selangkah lagi dalam mencipta sejarah baharu dalam bola sepak mereka.

Mereka berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Dunia 2018 untuk bertemu Perancis yang merupakan pertama kali buat mereka.

Bagi bintang mereka iaitu Ivan Rakitic, beliau mengakui yang dirinya memerlukan satu lagi pengorbanan untuk memperoleh kejayaan agung bersama negaranya.

Menurut Rakitic, beliau rela mengorbankan karier bola sepak beliau demi menjulang kejayaan Piala Dunia bersama Croatia.

“Saya rela bersara pada Isnin ini jika itulah perkara yang saya perlu buat untuk pastikan Croatia menang Piala Dunia.”

MOSCOW, RUSSIA – JULY 13: Ivan Rakitic of Croatia looks on at a Croatia press conference during the 2018 FIFA World Cup at Luzhniki Stadium on July 13, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Dan Mullan/Getty Images)

Menurut Rakitic, beliau cukup gembira dengan sokongan yang Croatia terima menjelang aksi perlawanan akhir.

Katanya, beliau menerima pelbagai mesej sokongan dari pelbagai pihak dari seluruh dunia.

“Saya dapat rasakan yang ratusan juta orang akan bersorak untuk kami pada Ahad ini.”

“Saya terima mesej dari Argentina, Sepanyol, Jerman dan juga dari setiap sudut di dunia ini. Ia buatkan saya gembira.”

“Orang berkata kepada saya yang mereka tidak dapat gambarkan perasaan apabila meraikan gol yang dihasilkan untuk negara mereka. Ini bermakna kami telah berjaya menyentuh hati-hati seluruh pihak di dunia ini.”

Apa yang menariknya menjelang perlawanan akhir ini, Rakitic dan Croatia memperoleh sokongan dari pemain tenis Serbia, Novak Djokovic yang kini sedang beraksi di kejohanan Wimbledon.

Ianya satu perkara yang agak janggal kerana sejarah di antara Croatia dan juga Serbia yang tidak begitu baik pada masa lalu.

“Saya tabik dengan beliau.”

“Pertamanya, kita adalah manusia. Kami mahu meletakkan sejarah di belakang kami dalam hal ini. Beliau adalah atlet yang hebat malah lagi hebat sebagai seorang manusia.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN