Rakan Sepasukan Akui Coutinho Meraihkan Jaringannya Dengan Perasaan Marah

Pemain Barcelona, Sergio Busquets dan Clement Lenglet mengaku memahami mengapa Philippe Coutinho melakukan gaya menutup telinga dihadapan penyokong sendiri selepas berjaya mencetak gol ke gawang Manchester United dalam aksi suku akhir kedua, Liga Juara-Juara, Selasa lalu.

Coutinho mencipta nama sebagai penjaring selepas meledak gol ketiga tuan rumah dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol pelawat, David de Gea.

Gol tersebut menutup malam gemilang Barcelona untuk mara ke peringkat separuh akhir dengan agregat 4-0.

Ada sebab

Namun, selepas rakan sepasukan mengerumuninya untuk meraikan jaringan, Coutinho dilihat berdiri sambil menutup kedua-dua telinganya.

Tindakan Coutinho itu bagaimanapun mengundang kecaman penyokong sendiri yang hadir dengan menganggap bintang Brazil itu seperti tidak menghargai sokongan padu ‘Barcelonistas’.

Sebagai rakan sepasukan, Lenglet dan Busquets tampil menjawab bagi pihak Coutinho.

Seperti yang dijekaskan Busquest, Coutinho meraihkan jaringan seperti itu untuk memberi isyarat kepada para penyokong diatas segala tomahan dan kritikan yang dilemparkan peminat Barca terhadapnya selama ini.

Coutinho of Barcelona celebrates after scoring his sides first goal during the UEFA Champions League Round of 16 Second Leg match between FC Barcelona and Olympique Lyonnais at Nou Camp on March 13, 2019 in Barcelona, Spain. (Photo by Jose Breton/NurPhoto via Getty Images)

“Saya tidak melihat apa-apa. Saya tahu dia [Coutinho] meraikannya dengan amarah, dengan keinginan.”

“Itu adalah gol penting baginya setelah kritikan yang diterimanya. Dia adalah pemain berkelas dunia, “kata Busquets.

Lenglet turut menambah, “Saya juga tidak peduli dengan gaya itu, perkara penting bagi saya adalah gol. Coutinho adalah pemain yang hebat.”

Situasi itu jelas mengambarkan betapa Coutinho pada ketika ini seperti sudah tidak tahan lagi untuk bermain bersama skuad Barcelona.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN