Rajagobal Nafi Ada Tindakan Protes Di Kalangan Pemain PKNS FC

Rajagobal, PKNS FC

Susulan kenyataan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari yang membayangkan akan melakukan penstrukturan dan penyusunan semula bola sepak di negeri itu, adakah skuad PKNS FC sekali lagi akan menjadi mangsa seperti ‘drama’ permulaan musim 2017?

Ketika itu, PKNS FC memutuskan untuk meninggalkan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan memilih untuk bergabung di bawah Persatuan Bolasepak Melayu Selangor (PBSMS) kerana konflik FAS tidak memberi sokongan penyertaan mereka dalam saingan liga.

Ia ada kaitan dengan keputusan Presiden FAS ketika itu, Datuk Seri Azmin Ali yang enggan menyalurkan bajet kepada persiapan pasukan Selangor bagi menghadapi saingan musim 2017.

Kini, PKNS FC dikhabarkan akan menjadi salah satu ‘feeder club’ buat Selangor bersama-sama Selangor United. Ia dijangkakan akan diperincikan oleh Amirudin Shari pada bulan hadapan dan modul baharu ini akan bermula pada musim hadapan.

Menurut laporan, Selangor mungkin mengikut jejak langkah Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC apabila meletakkan kelab dibawah naungan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) sebagai ‘feeder club’ pada masa akan datang.

Menurut laporan Berita Harian, pengendali Semut Merah, Datuk K. Rajagobal seakan-akan tidak rela skuadnya menjadi ‘feeder club’ kepada Selangor dan diturunkan pangkat ke Liga Premier.

pkns fc
FOTO: Asiana

Ini kerana, baginya, satu masa dahulu PKNS FC pernah melahirkan pemain-pemain lagenda dan juga skuad kebangsaan.

“Saya hanya boleh katakan PKNS memiliki banyak sejarah dan legasi. Sebelum ini, saya bermain dengan legenda PKNS. Saya bekerja dengan PKNS selama 22 tahun.

“Legenda seperti Datuk Mokhtar Dahari, Datuk Santokh Singh, Datuk Soh Chin Aun, Reduan Abdullah, Rashid Hassan dan termasuk saya pernah bermain dengan pasukan ini,” ujarnya.

Ditanya mengenai kekalahan kepada Kedah dalam saingan minggu ke-17 Liga Super Malaysia (MSL) 2019 ada kaitan dengan protes di kalangan para pemainnya, Rajagobal pantas menafikannya.

“Saya tidak tahu mengenai perasaan pemain berkaitan isu PKNS FC menjadi ‘feeder club’ malah ia juga hanya tersebar menerusi akhbar dan media sosial saja.

“Saya juga menolak andaian bahawa kami tewas disebabkan ada pemain protes kerana perlawanan itu dilihat pemain sudah menunjukkan semangat juang tinggi,” jelasnya kepada Harian Metro sambil enggan mengulas lanjut mengenai ‘feeder club’.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN