‘Rajagobal, Apa Yang Kau Buat’ – Adakah Skrip Malaysia & Indonesia Di Edisi 2012 Mampu Diulang?

Malaysia Indonesia Piala AFF Suzuki

Saat ini para penyokong, media dan para pemain Indonesia sedang dibuai dengan kejayaan mereka belum tewas dalam peringkat kumpulan, saingan Piala AFF Suzuki 2020 dan akan berdepan Malaysia, selepas ini.

Mereka di puncak Kumpulan B, berkongsi tujuh mata bersama Vietnam dan Malaysia pula di kedudukan ketiga dengan enam mata – hanya satu mata di belakang kedua-dua pasukan. Namun, Vietnam dijangka akan mudah membenam Kemboja dalam perlawanan terakhir mereka, seterusnya menempah tiket ke separuh akhir.

Media di sana sedang giat mengulang tayang saat mereka membenam Malaysia dengan keputusan 5-1 dalam peringkat kumpulan di Piala AFF 2010 tanpa mereka sedar di edisi yang sama mereka ditewaskan di pentas final oleh lawan yang mereka ‘koyak-koyak’ di peringkat kumpulan dengan agregat 2-4 – iaitu Malaysia.

Ketika ini mereka sangat optimis yang skuad serba tempang Harimau Malaya mampu dijinakkan mereka.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu di Piala AFF adalah pada edisi 2012, di mana Malaysia menang 2-0 ke atas Garuda. Ia membantu Malaysia untuk memintas Indonesia pada saat akhir untuk tiket separuh akhir.

Ia meragut ego dan keyakinan musuh Nusantara itu yang optimis akan mengatasi Malaysia yang sebelum itu tewas 0-3 kepada musuh Seberang Tambak, Singapura. Mereka pula belum tewas selepas seri 2-2 dengan Laos dan menang tipis 1-0 ke atas Singapura – yang menang ke atas Malaysia. Mereka berkelebihan satu mata.

Masih ingat pada edisi itu, pengendali, Datuk K. Rajagobal turut dikritik atas prestasi kurang baik skuad kebangsaan menjelang saingan, malah selepas tewas 0-3 kepada Singapura dalam aksi pertama kumpulan, namanya dilaung oleh penyokong Malaysia, “Rajagopal, apa yang kau buat!” dan bas mereka ‘digoncang’.

Sebelum bermula Piala AFF, Malaysia melalui eksperimen yang menyaksikan aksi tidak kena dipamerkan barisan pemain. Malaysia tewas 0-1 kepada Vietnam, tewas 0-2 kepada 10 pemain Thailand dan diikat keputusan seri 1-1 dalam dua aksi berdepan Hong Kong dan Bangladesh. Jelas, aksi yang mengecewakan.

Pemain turut di bawa ke Pulau Pangkor untuk merehatkan minda dan ‘lari’ daripada kritikan demi kritikan yang menghujani mereka saat itu. “Kita kena positif, skuad Harimau Malaya terdiri daripada anak Malaysia, kenapa kita terlalu kritik dan memberi komen negatif?” ungkap Rajagobal yang jelas terpapar wajah kecewanya.

Pencetak Jaringan Buat Malaysia Berdepan Indonesia Dalam Sejarah Piala AFF

Walaupun pembukaan yang kurang menjadi sehingga ‘digoncang’ bas, mereka bangkit menang ke atas Laos dan tentunya, musuh Nusantara, Indonesia untuk mara ke separuh akhir sebelum ditewaskan Thailand.

Tan Cheng Hoe turut dihujani kritikan ketika ini dan keputusan perlawanan sebelum Piala AFF juga kurang memihak kepada Malaysia. Ia seakan-akan ulangan skrip 2012. Adakah skrip ini akan diteruskan lagi?

Harapnya Malaysia mampu mengulangi skrip di edisi 2012 itu yang mana menyaksikan Indonesia tersingkir daripada kejohanan dwi-tahunan itu. Peritnya mereka yang hanya perlu catat keputusan seri, kecundang 0-2 hasil jaringan Azamuddin Akil dan Mahali Jasuli dalam tempoh dua minit dan menghantar mereka pulang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN