Bekas Jurulatih UiTM Kini Menjadi Jurulatih Di Liga Indonesia

Raja Isa Raja Akram yang merupakan bekas jurulatih pasukan UiTM FC kini berhijrah untuk melebarkan sayapnya di Liga Indonesia.

Beliau kini menjadi jurulatih untuk pasukan di saingan divisyen 2 Liga Indonesia iaitu Persekam Metro FC bermula musim ini.

Sebati dengan Indonesia

Raja Isa sebelum ini bukanlah nama asing dalam Liga Indonesia, beliau pernah berkerja di Indonesia bersama-sama dengan Irfan Bakti ketika jurulatih Terengganu itu berkhidmat di pasukan Persipura Jayapura.

Ketika itu, beliau adalah sebahagian daripada staf kejurulatihan Irfan di pasukan tersebut.

Sebaik sahaja Irfan pergi ke Perlis, Raja Isa dinaikkan pangkat sebagai jurulatih pasukan tersebut.

Bukan kerana wang

Menurut Arena Harimau Malaysia, perginya Raja Isa ke Liga Indonesia adalah bukan kerana wang.

Sebaliknya adalah kerana beliau tertarik dengan peraturan Liga Indonesia yang dikhaskan untuk liga divisyen 2 Liga Indonesia itu.

Di divisyen 2 Liga Indonesia, semua pasukan dilarang untuk mengambil pemain import.

Malah, setiap pasukan dihadkan untuk menggunakan 5 pemain berumur 25 tahun ke atas sahaja dan selebihnya haruslah dibawah 25 tahun ke bawah.

Raja Isa juga mengatakan beliau mahu memberikan keutamaan kepada pemain-pemain berpotensi dari daerah Malang untuk bermain dengan pasukan.

Kami di Semuanya BOLA mengucapkan selamat maju jaya buat Raja Isa.

Baca juga: Kedah Akan Dapat Stadium Baharu Berkapasiti 60 Ribu Tempat Duduk

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN