Raja Ahmad Zainuddin: “FAM Harus Tingkatkan Prestasi Pemain Muda Dan Liga Malaysia”

Datuk Raja Ahmad Zainuddin bukannya nama asing dalam bola sepak Malaysia. Baru-baru ini, beliau telah memberikan pandangan beliau tentang bola sepak Malaysia.

Hantar pemain muda ke luar negara

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar merasakan FAM perlu memghantar pemain muda bermain dalam liga luar negara. Ini penting untuk meningkatkan kualiti permainan mereka.

Pemain muda yang beraksi di luar negara ini dapat menimba pengalaman serta belajar banyak lagi perkara dalam bola sepak.

Bekas Naib Presiden FAM ini juga percaya pendekatan ini harus dilaksanakan segera kerana buat masa kualiti pasukan negara kita terlalu jauh berbanding dengan negara seperti Jepun dan Korea Selatan.

Beliau berkata kepada Bernama:

“Kaedah ini perlu kerana kita masih tercari-cari formula terbaik bagi memastikan Malaysia kembali menjadi antara pasukan yang digeruni di Asia dan dunia.”

Perbaiki mutu Liga M

Selain daripada aspek pembangunan pemain muda, Datuk Raja Ahmad Zainuddin juga menggesa agar FAM menambah baik aspek pengurusan dan peraturan Liga Malaysia.

Antara kaedah yang boleh digunakan FAM adalah dengan mengadaptasi model dari liga Eropah.

Beliau menambah lagi:

“Kita mahukan satu sistem yang lebih efisien untuk meningkatkan kembali kredibiliti liga bola sepak negara.”

“Terlalu banyak rungutan dan masalah yang timbul bukti bahawa, liga kita perlukan penambahbaikan.”

Beliau juga percaya, liga yang berkualiti akan menarik lebih ramai pemain import berkualiti untuk bermain dalam liga Malaysia.

Baca juga: Video: Koleksi Aksi Menyelamat Penalti Dari Pemain Bukan Penjaga Gol

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN