Datu Seri Raja Ahmad Zainuddin: “TMJ Tidak Sesuai Bermain Liga M, Ada Konflik Lain Timbul”

TMJ tidak sesuai untuk bermain di Liga Malaysia. Itulah pendapat Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin.

Sebelum ini Tunku Mahkota Johor (TMJ) memberikan isyarat yang baginda sedang berusaha untuk mendapatkan slot dalam pasukan JDT pada Mei ini.

Kami masih tidak pasti ia serius ataupun sinikal. Namun hal ini sudah pun mendapat perhatian ramai pihak.

Gambar: Nizam Rahman/Asiana

TMJ sendiri membuat kenyataan susulan yang menyatakan baginda tidak ada masalah untuk bermain dan dibentes lawan.

Kerana ia sebahagian dalam bola sepak, dan baginda pun ‘pandai’ bentes orang.

Terbaru, dari sumber Arena Harimau Malaysia, bekas naib Presiden FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berpendapat TMJ tidak sesuai untuk menjadi pemain Liga M.

Beliau berkata:

“Bagi saya pentas Liga Malaysia (Liga-M) tidak sesuai kerana tumpuan pemain lawan dan pengadil pasti akan tergugat.”

“Bagaimanapun, berdasarkan status Tunku Ismail sebagai Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan tokoh bola sepak tempatan yang disegani ketika ini.”

“Namun saya melihat idea itu tidak praktikal kerana boleh menjejaskan keputusan perlawanan.”

“Saya tak kata tak boleh, cuma situasi itu pasti akan mengundang rasa kekok dan janggal kepada pemain lawan dan pengadil apabila mereka beraksi (berhadapan TMJ).”

“Bayangkan bagaimana pihak lawan cuba menyekat pergerakan TMJ serta pengadil nanti. Bagi beliau mungkin tidak ada masalah dan boleh terima, tapi orang lain akan rasa begitu.”

Bakri Ibni: “Hanya sindirin dari TMJ.”

Sebelum ini, lagenda bola sepak Malaysia, Bakri Ibni yakin tindakan TMJ itu hanyalah gimik untuk menyindir Tan Sri Annuar Musa.

Bercakap kepada Arena Metro, Bakri Ibni berkata:

“Bagi saya beliau (TMJ) seorang yang ada ilmu. Beliau sebenarnya bukan mahu sangat bermain tapi lebih kepada menyindir Annuar menjelang Kongres FAM bulan depan.”

“Mesej yang saya nampak seperti beliau ingin menunjukkan seorang pemimpin persatuan bukan setakat tahu menguruskan organisasi saja.”

“Tetapi juga tahu bagaimana untuk bermain selain menjalinkan hubungan rapat dengan pemain supaya mengetahui masalah mereka.”

“Namun untuk TMJ bermain saya rasa tidak sama sekali. Lagipun, beliau sebenarnya lebih hebat bermain sukan polo berbanding bola sepak.”

Baca juga: TMJ: “Saya Tak Kisah Kalau Pemain Lawan ‘Tackle’ Saya”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN