Sebelum ini, ejen Gianluigi Donnarumma, iaitu super agent Mino Raiola telah memberikan gambaran beliau akan membantu pemain itu mendapatkan kontrak jauh lebih tinggi di kelab besar.
Hal ini mendapat kecaman daripada penyokong AC Milan yang menggambarkan Raiola akan mempengaruhi masa depan Donnarumma di Milan.
Raiola pula menjawab dengan agak panas. Beliau menyatakan Donnarumma sudah boleh bermain di kelab besar di Eropah.
Raiola juga mengkritik secara terbuka cara Adriano Galliani menguruskan isu kontrak pemain dan sangat kenal dengan Galliani.
Galliani disifatkannya seorang yang suka melengahkan urusan masa depan pemain. Kontrak semasa Donnarumma sebenarnya akan berakhir pada Jun 2018.
Raoila berkata:
“Adakah saya mengharapkan dia akan membangun menjadi bakat yang terbaik? Lihat sahaja pencapaian dia di Itali.”
“Bukan mudah pemain pada usia dia berjaya menjadi pemain utama di dalam pasukan. Tidak semua pemain seusia Donnarumma melakukannya.”
“Adakah dia akan kekal di Milan? Saya tidak mendengar apa-apa berita yang menyatakan Milan menyediakan kontrak baru kepadanya.”
“Milan diwakili oleh Galliani, jadi saya tidak perlu bercakap dengan Milan yang baru.”
(Nota editor: Merujuk kepada potensi pertukaran pemilik di Milan)
“Dalam keadaan sekarang ini, semua kemungkinan boleh berlaku untuk masa depan beliau.”
“Dalam kerja saya, saya boleh meramal banyak perkara tetapi tidak mampu meramal masa depan pemain.”
“Yang pasti, pilihan muktamad adalah di tangan pemain itu sendiri.”
“Saya ada cara saya sendiri manakala budak ini pun ada pilihan dia sendiri. Itu adalah kesepakatan yang jelas antara kami.”
“Jadi saya harus melihat beberapa kemungkinan yang akan berlaku di masa hadapan, sekali lagi saya tegaskan, pilihan adalah di tangan pemain.”
Raiola tidak mahu isu penangguhan dalam pertukaran pemilikan mempengaruhi tanggungjawab kelab untuk mempercepatkan urusan kontrak Donnarumma.
“Adakah dia sesuai beraksi di Milan? Tidak, dia berhak bermain di pasukan lebih besar.”
“Saya tidak ‘kahwin’ dengan sesiapa (kelab), kerja saya adalah ejen bukannya menjadi penyokong sesebuah kelab.”
Nampaknya kenyataan Raiola ini seakan-akan terlalu panas. AC Milan antara kelab yang paling berjaya di Itali dan Eropah.
Raiola dikatakan sedang cuba mencari potensi kelab ‘besar’ yang berminat untuk Donnarumma. Antara kelab yang dalam senarai adalah Manchester United, Chelsea, dan Real Madrid.
Baca juga: Mino Raiola Buat Hal, Minta AC Milan Kontrak Tak Masuk Akal Untuk Donnaruma