Quantcast

BERITA

Pemain Kelab Venezuela Raikan Gol Dengan Aksi Silap Mata

Kita sudah lihat banyak aksi pemain meraikan gol jaringan mereka. Ada yang menarik dan ada yang biasa-biasa sahaja.

Untuk artikel ini, kami bawakan kepada anda aksi yang kami jamin anda tak pernah tengok lagi: Raikan gol dengan aksi silap mata.

Kami tahu gambar artikel ini ialah gambar Bafetimbi Gomis raikan gol, tapi artikel ini bukannya mengenai Bafetimbi Gomis (kami akan kupas kenapa Gomis raikan gol sebegitu rupa dalam artikel yang lain).

Artikel ini mengenai Cesar Martinez yang bermain untuk salah satu kelab di Venezuela, Zamora. Beliau telah meraikan gol dengan aksi silap mata.

Baca: Berbaloikah Raikan Gol Dengan Cara Ini?

Kami sudah ulang banyak kali video Cesar Martinez raikan gol tapi masih tak dapat jawapan bagaimana beliau melakukannya.

Kalau anda dapat jawapan lepas tengok video di bawah, sila beritahu kami bagaimana Cesar Martinez lakukannya.

https://www.youtube.com/watch?v=jLehCNKdIZI

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!