Zinedine Zidane menghadiri sidang media pasca perlawanan pada 25 Februari lalu dengan keadaan marah. Amat jarang pengurus dari Perancis itu bersikap sedemikian. Kebiasaannya Zidane dikenali sebagai seorang pengendali yang sopan dan lembut dalam turut kata dan penampilannya.
Semuanya berlaku selepas pasukannya tersingkir dari pertandingan Copa del Rey dan beberapa keputusan buruk di La Liga sebelum itu. Pada ketika itu kebanyakkan pihak, khususnya media, bertanggapan musim Real Madrid telah berakhir. Ini mendorong Zidane menampilkan karakter berbeza dari kebiasaan untuk menafikan segala tanggapan negatif yang menyelubungi pasukannya pada ketika itu.
Hari ini keadaannnya berbeza. Ramai juga tidak faham bagaimana Real Madrid mampu menukar aura negatif bersama pasukannya sebelum ini sehingga mampu layak ke separuh akhir UEFA Champions League. Pencapaian Los Blancos bukan sahaja diukur di pentas eropah. Zidane dan anak buahnya juga kini tampil antara pilihan untuk mencabar kejuaraan La Liga.
Sudah tentu Zidane mempunya beberapa rahsia dan formula sehingga mampu mengubah aura negatif di dalam pasukan kepada pencapaian yang lebih positif pada musim ini. Berikut adalah antara perkara tersebut.
Tunjang pasukan tidak terkalah
Semua jurulatih tahu jika anda mempunyai seorang penjaga gol, dua pemain pertahanan tengah yang berkualiti, jentera tengah yang berkemampuan, serta penyerang yang prolifik, maka anda mempunyai sebuah pasukan yang mampu bersaing di mana-mana pertandingan.
Real Madrid mempunyai barisan pemain yang dianggap tunjang kepada pasukan. Di posisi penjaga gol, mereka memiliki Thibout Courtois. Bahagian pertahanan paling menarik. Selain daripada gandingan Rahael Varane-Sergio Ramos, Zidane mempunyai pilihan untuk menurunkan gandingan Nacho Fernandez dan Eder Milito. Kedua-dua pemain ini menyebabkan ketiadaan Varane-Ramos langsung tidak dirasai dalam dua perlawanan berhadapan Liverpool.
Casemiro 🤝 Modric 🤝 Kroos
A midfield for the ages. pic.twitter.com/HVYD1ihAh6
— GOAL (@goal) April 6, 2021
Di jentera tengah, gandingan Casemiro-Luka Modric-Toni Kroos jarang menghampakan. Karim Benzema pula adalah antara No.9 terbaik dunia sepertimana yang telah dibuktikan oleh pemain ini sendiri sejak beberapa musim lalu.
Kumpulan pemain ini sememangnya kita ketahui kaya dengan kualiti. Lebih dari itu mereka juga adalah kelompok pemain berpengalaman dengan kapasiti kefahaman jitu memahami corak pemainan masing-masing.
Genetik yang kompetitif
Sebagai sebuah kelab elit di Eropah, Real Madrid juga menampilkan kemampuan mereka untuk bertanding secara kompetitif dalam perlawanan-perlawanan besar. Musim ini mereka tidak terkalah dalam mana-mana perlawanan menentang kelab berstatus besar dan elit.\
Sebagai bekas pemain Real Madrid yang digelar Galaticos suatu ketika dahulu, dan kini merupakan pengurus paling berjaya di dalam sejarah Real Madrid, Zidane amat memahami budaya pertandingan yang kompetitif.
Zinedine Zidane absolutely loves the chaos. 😏 pic.twitter.com/baBb4stqV7
— 90min (@90min_Football) April 15, 2021
Barcelona, Atletico Madrid, Sevilla, Inter, Atalanta dan Liverpool semuanya telah menjadi mangsa kepada mereka, dan Real Madrid tidak tewas walau satu perlawanan pun menentang pasukan dengan status dan nama besar.
Anehnya, mereka kerap kali hilang arah menentang pasukan yang kurang dikenali.
Kemampuan untuk tidak menunjukkan kelemahan
Tidak ada pasukan yang sempurna. Real Madrid tidak terkecuali. Namun dalam perlawanan-perlawanan penting, barisan pemain harapan Zidane seperti mengerti tanggungjawab yang perlu digalas sehingga mampu menyembunyikan setiap kelemahan yang sebelum itu mudah diambil kesempatan oleh lawan.
4 – Zinedine Zidane has reached the Champions League semi-finals for the fourth time as a coach (all with Real Madrid), more than any other French manager in the competition history (Arsene Wenger 3). Boss. pic.twitter.com/zs8lRvbNXG
— OptaJean (@OptaJean) April 14, 2021
Untuk ini, Zidane telah memastikan pemain-pemainnya bersatu dan berdisiplin dalam setiap gerakan permainan yang dilakukan. Sekarang ianya amat sukar untuk menjaringkan gol menentang Real Madrid, aspek yang kemudiannya dibantu oleh keberkesanan serangan mereka.
Sering dikritik kerana corak pemain yang struktural dan tidak moden, ia sebenarnya membantu Zidane membentuk sebuah pasukan dengan sistem pertahanan yang ampuh – asas kepada penambahbaikkan dan kekuatan pasukan pada hari ini.
Fleksibiliti bermain formasi berbeza
Salah satu nilai tambah yang dilakukan penambahbaikkan terhadap skuad Real Madrid pada hari ini ialah kemampuan mereka beraksi dengan corak permainan dan formasi berbeza – bergantung kepada lawan yang dihadapi.
Cara ini membenarkan Zidane mengarahkan pemain untuk mengeksploitasi kelemahan yang ada pada pasukan lawan, dan pada masa yang sama memininumkan impak dibawa oleh pemain paling berbahaya lawan.
✅ Roma 🇮🇹
✅ Wolfsburg 🇩🇪
✅ City 🏴
✅ Atleti 🇪🇸 🏆
✅ Napoli 🇮🇹
✅ Bayern 🇩🇪
✅ Atleti 🇪🇸
✅ Juve 🇮🇹 🏆
✅ PSG 🇫🇷
✅ Juve 🇮🇹
✅ Bayern 🇩🇪
✅ Liverpool 🏴 🏆
❌ City 🏴
✅ Atalanta 🇮🇹
✅ Liverpool 🏴Zinedine Zidane has only lost one #UCL knockout round. pic.twitter.com/zLnz973pB0
— Always Football (@alwaysfutbol12) April 15, 2021
Sejak beberapa bulan yang lalu, Real Madrid beraksi dengan sistem yang berbeza, namun kaya dengan tafsiran taktikal yang pelbagai. Kemenangan menentang Barcelona dengan menubah peranan beberapa pemain adalah contoh terhampir. Begitu juga dengan taktikal hantaran jauh yang diamalkan ketika berhadapan Liverpool di perlawanan pertama pertemuan kedua-dua pasukan sebelum ini.
Rumusan
Secara tradisi Real Madrid sememangnya dikenali sebagai pasukan yang lebih berjaya di Champions League. Jarang sekali mereka bergelar juara berganda dengan meraih kejuaraan La Liga dan Champions League di dalam satu musim.
Sepanjang sejarah kelab tersebut mereka hanya pernah meraih kejuaraan La Liga dan Champions League sebanyak tiga kali dalam satu musim. Kali terakhir mereka meraihnya ialah pada musim 2016/17 di bawah kendalian Zidane. Musim ini mereka mampu mengulangi kejayaan serupa.
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Zinedine Zidane dan Real Madrid:
Ketahui 5 Dosa-Dosa Zinedine Zidane Kepada Real Madrid Punca Beliau Harus Dipecat
10 Krisis Yang Dihadapi Zinedine Zidane Sejak Kembali Sertai Real Madrid
Zidane: Saya Tak Mampu Jadi Sehebat Alex Ferguson Di Real Madrid