Thibaut Courtois menjadi wira dalam aksi penentuan sepakan penalti di antara Real Madrid dan juga Atletico Madrid.
Beliau juga cemerlang beraksi sepanjang malam final.
Derbi Madrid itu berlangsung di Arab Saudi, dalam aksi final Piala Super Sepanyol.
Kedua dua pasukan terikat tanpa jaringan untuk tempoh 120 minit aksi.
Atletico agak malang apabila sepakan penalti bintang mereka, Saul Niguez terkena tiang. Dan selepas itu Coutois menafikan sepakan penalti Thomas Partey.
Courtois mendedahkan beliau melakukan beberapa analisis ketika di bangku simpanan. Dan hasil kajian beliau, Courtois sangat yakin akan dapat menafikan penalti Thomas Partey.
What a save from Courtois!! 🙏🙏#RealMadridAtleti #RealMadrid #HalaMadrid #SuperCopa pic.twitter.com/PSWwEvd57C
— Prateek Goutam (@prag_7) January 12, 2020
“Saya melakukan analisis sepakan penalti di bangku simpanan pemain. Ya, saya agak terkejut melihat rembatan Saul.”
“Namun untuk sepakan penalti Partey, saya sangat yakin dan tahu ke mana arah sepakannya.”
“Partey merembat bola dengan sangat deras, dan kuat. Saya sangat gembira kerana tidak dibolosi pada hari ini dan melakukan beberapa aksi menyelamat penting. Ianya sangat penting untuk saya.
“Kami semua sangat gembira. Ini perlawanan yang sangat sukar berhadapan dengan Atletico.”
9 – Thibaut Courtois has saved nine of the 11 shots on target he has faced in the 2020 Supercopa, including one in the penalty shoot-out. Hero. pic.twitter.com/as2kDDaTBh
— OptaJose (@OptaJose) January 12, 2020
“Corak permainan mereka adalah, mereka akan sentiasa menunggu lawan mereka melakukan kesilapan dan melakukan serangan balas.”
“Dan mereka ada beberapa kali mencetuskan bahaya. Saya melakukan beberapa aksi menyelamat dan Fede pun juga menyelamatkan keadaan juga hari ini.”
“Namun saya rasa saya dapat menewaskan Alvaro Morata jika Fede tidak melakukan bentesan itu. Tetapi dia melepaskan diri dan Fede melakukan terjahan.”
Courtois juga mendedahkan bahawa pasukan beliau adalah pasukan yang lebih yakin dan tenang ketika penentuan penalti.