Pemain Monaco Ini Mahu Lawan Leicester City, Balas Dendam Untuk Ranieri

Pemain Monaco yang merupakan pemain pertahanan kelab Perancis itu iaitu Andrea Raggi menegaskan beliau mahu bertemu dengan Leicester City.

Beliau mahukan pasukan dari England itu sebagai lawan mereka di suku akhir UEFA Champions League menjelang undian yang bakal dilakukan pada hari ini.

Balas dendam

Ketika lagenda seperti Gianluigi Buffon mahu Juventus mengelak dari bertemu Leicester City, Raggi jelas mahu bertemu kelab Inggeris tersebut.

Hal ini kerana beliau mahu membalas dendam terhadap kelab itu terhadap bekas pengurus mereka yang baharu sahaja dipecat iaitu Claudio Ranieri.

Ranieri dipecat selepas tidak sampai setahun membawa Leicester City menjadi johan Premier League musim lalu.

Pemecatan beliau nyata merupakan keputusan yang tidak disenangi oleh penyokong Leicester City, dengan penyokong merasakan Jamie Vardy dan Wes Morgan antara dalang kepada pemecatan Ranieri.

“Saya ingin jumpa Leicester City di peringkat suku akhir nanti. Saya nak balas dendam untuk Ranieri.”

“Saya terdorong selepas Ranieri berikan satu mesej yang cukup bermakna buat saya.”

Ranieri juga didapati hadir menonton kemenangan Monaco ke atas Manchester City menerusi peraturan jaringan gol di tempat lawan tempoh hari.

8 pasukan layak ke pusingan suku akhir UEFA Champions League dengan Monaco satu-satunya wakil dari Perancis.

Berikut adalah senarai 8 pasukan yang layak ke suku akhir:

  • AS Monaco (Ligue 1)
  • Leicester City (Premier League)
  • Juventus (Serie A)
  • Borrusia Dortmund (Bundesliga)
  • Bayern Munich (Bundesliga)
  • Atletico Madrid (La Liga)
  • Barcelona (La Liga)
  • Real Madrid (La Liga)

Baca juga: Neymar Jr’s Five Malaysia Kembali Lagi, Beri Peluang Kepada Wakil Tempatan Main Di Brazil

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN