Rafael: “Van Gaal Benci Pemain Brazil & Saya Tidak Tahan Dengan Karakter Beliau”

Bekas bek kanan Manchester United, Rafael da Silva mendedahkan Louis van Gaal hanya memerlukan 1 minit untuk bertemu dengan beliau sebelum memberitahu dirinya tidak diperlukan di Old Trafford.

Tiga kali bergelar juara Liga Perdana Inggeris (EPL) di era Sir Alex Ferguson, Rafael kemudiannya dijual kepada Lyon di Ligue 1 oleh Van Gaal pada 2015, setelah setahun pengedali dari Belanda itu bergelar pengendali Manchester United.

Dan setelah hampir tiga tahun selepas meninggalkan Old Trafford, Rafael akhirnya bersuara dan mendedahkan hubungan beliau dengan Van Gaal.

(Photo by John Peters/Man Utd via Getty Images)

“Apabila Van Gaal diumumkan sebagai pengendali Manchester United, empat atau lima orang, termasuk di kalangan pemain sendiri menghubungi saya dan memberitahu Van Gaal tidak gemarkan pemain dari Brazil.”

“Mereka cuba menjelaskan apa yang berlaku kepada Rivaldo ketika kedua-duanya bersama Barcelona. Sudah tentu sukar untuk saya mempercayai perkara tersebut.”

“Pada musim pertama, Van Gaal memanggil saya masuk ke pejabat dan berkata: ‘Anda boleh pergi (tinggalkan Manchester United).’ Perjumpaan itu hanya berlangsung selama seminit!”

(Photo by Paul Gilham/Getty Images)

“Sudah tentu ia perkara yang menyedihkan saya, kerana saya sayangkan setiap perkara mengenai kelab bola sepak ini. Disebabkan itu, saya mengambil masa untuk meninggalkan Old Trafford.”

“Van Gaal turut menghantar SMS kepada saya dan berkata: ‘Anda tahu bagaimana bola sepak, dan bagaimana ia boleh berlaku.’ Saya seolah-olah tidak percaya. Beliau tidak bercakap dengan saya, tetapi menghantar SMS untuk mengucapkan selamat maju jaya.”

“Saya menjawab: ‘Terima kasih.’ Saya cuba untuk bersopan, tetapi sebenarnya saya marah.”

Dalam temuramah dengan ESPN itu, Rafael turut bekata:

LIVERPOOL, ENGLAND – SEPTEMBER 23: Rafael Da Silva of Manchester United celebrates scoring to make it 1-0 with team mates during the Barclays Premier League match between Liverpool and Manchester United at Anfield on September 23, 2012 in Liverpool, England. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

“Van Gaal bukan jurulatih yang tidak baik. Tetapi saya tidak gemarkan karakter beliau. Satu hari ketika sedang makan di kantin, seperti kebiasaaan Van Gaal akan berbicara kepada kami.”

“Saya mengalami kecederaan kepala selepas perlawanan menentang Yeovil- salah satu perlawanan yang saya sempat beraksi pada musim tersebut.”

“Saya menyentuh bahagian kepala yang tercedera, dan selepas beberapa ketika, Van Gaal menyentuh kepada saya dan berkata: ‘Mengapa kamu tidak boleh menghormati saya?'”

“Saya lantas berdiri dan berkata: ‘Saya menghormati anda. Saya tidak pernag berkata apa-apa yang menunjukkan tiada hormat kepada pengurus.’ Saya adalah seorang lelaki yang penyabar, tetapi jelas saya marah pada ketika itu.”

(Photo by John Peters/Man Utd via Getty Images)

“Antonio Valencia kemudian datang kepada saya dan berkata: ‘Anda pasti tidak akan beraksi lagi untuk pasukan ini. Tiada pemain yang akan menjawab Van Gaal. Apa yang Antonio (Valencia) hampir benar. Sukar untuk mendapat tempat di dalam pasukan selepas itu.”

“Saya sayangkan Manchester United, tetapi terdesak untuk meninggalkan kelab tersebut. Dan itu hanya disebabkan oleh seorang individu. Selebihnya, saya menggemari setiap perkara mengenai Manchester United. Saya tidak boleh tahan dengan karakter beliau” jelas Rafael.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN