RASMI: Pemain Belanda Rafael Van der Vaart Umum Persaraan

Setiap yang bermula pasti akan berakhir bukan?

Pemain Belanda, Rafael Van der Vaart secara rasminya mengumumkan persaraan beliau dari sukan bola sepak selepas mengharungi karier yang penuh suka dan duka.

Menurut laman Football Oranje, Van der Vaart menamatkan karier beliau sebagai pemain profesional pada usia 35 tahun.

Keputusan yang diambil oleh Van der Vaart cukup perit untuk dirinya, hal ini kerana beliau terpaksa bersara kerana kecederaan.

ROTTERDAM, NETHERLANDS – MAY 30: Rafael van der Vaart (#23) of Netherlands celebrates after he scores the second goal of the game during the International Friendly between the Netherlands and Slovakia at De Kuip Stadion on May 30, 2012 in Rotterdam, Netherlands. (Photo by Dean Mouhtaropoulos/Getty Images)

Beliau kini beraksi untuk Esbjerg yang merupakan kelab di Denmark, namun kerana kecederaan beliau tidak dapat beraksi kerap.

“Saya perlu berhenti sekarang. Saya datang ke di sini bukanlah untuk jalani rehabilitasi tetapi untuk bermain bola sepak.”

Untuk rekod, Van der Vaart mempunyai karier yang cukup menarik buat dirinya yang memulakan karier sebagai pemain di kelab Belanda – Ajax Amsterdam.

Beliau kemudiannya dapat merasai peluang bermain di liga-liga utama Eropah seperti Bundesliga, La Liga dan juga Premier League.

Van der Vaart mula menonjol ketika beraksi bersama Hamburg SV di Jerman sebelum berpindah ke Real Madrid.

Selepas era di Real Madrid, beliau ke Tottenham Hotspur sebelum kembali semula ke Hamburg.

Beliau turut beraksi di beberapa kelab lain seperti Real Betis dan juga FC Midtjylland.

Di peringkat kelab, beliau menjaringkan 171 gol.

Rekod beliau bersama skuad kebangsaan Belanda juga baik apabila mencatatkan 109 penampilan dan menjaringkan 25 gol.

Kini, seorang demi seorang pemain handalan Belanda mengundurkan diri menandakan sudah berakhir era gemilang mereka.

Selamat bersara, Rafael Van der Vaart!

GENK, BELGIUM – NOVEMBER 16: Rafael van der Vaart of Netherlands celebrates the first goal during the International Friendly match between the Netherlands and Japan on November 16, 2013 in Genk, Belgium. (Photo by Dennis Grombkowski/Getty Images,)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN