Rafael: Neymar Perlu Perbaiki Cara Tangani Masalah Luar Padang

Rafael

Pemain bek kanan Olympique Lyon, Rafael menasihatkan rakan senegaranya, Neymar supaya memperbaiki cara beliau menangani masalah di luar dan dalam padang bagi membolehkannya mengemudi Brazil melakar kejayaan pada tahun-tahun mendatang.

Dengan kualiti hebat dimiliki Neymar, Rafael yang pernah menyarung jersi Manchester United itu melihat The Selecao sememangnya perlu menagih sumbangan berkesan daripada pemain berusia 28 tahun itu.

Dua tahun mendatang menyaksikan Brazil akan berhadapan dengan dua tugasan penting iaitu Copa America 2021 di Colombia dan Argentina serta saingan Piala Dunia 2022 yang diadakan di Qatar.

Sehubungan dengan itu, Rafael mengharapkan Neymar dapat memperbaiki dirinya dan menggalas tanggungjawab skuad kebangsaan dengan baik.

”Kami [skuad kebangsaan Brazil] memerlukan Neymar, itu sudah pasti. Kami sangat memerlukannya.”

Embed from Getty Images

”Dia perlu untuk memperbaiki banyak perkara di luar padang. Itu adalah penting buat seorang pemain bola sepak,” ujar Rafael menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Dia perlu meningkatkan banyak perkara di luar padang untuk masuk ke dalam padang dan melakukan yang terbaik. Saya berharap dia boleh melakukannya dan jika dia melakukannya, kita berpeluang besar untuk memperoleh kemenangan.”

”Neymar bukanlah seorang pemimpin. Saya tidak merasakan dia adalah pemimpin. Ia bukan dia.”

”Dia boleh menjayakan perkara dilakukannya kerana jika dia berada dalam keadaan baik, jika dia fokus dan memberikan sepenuh tumpuan, dia adalah seorang pemain terbaik di dunia.”

Rafael dan Neymar pernah bergandingan bersama ketika bersama Brazil dalam temasya Sukan Olimpik 2012 di London di mana mereka menamatkan saingan di tempat kedua selepas tumpas 1-2 di tangan Mexico pada perlawanan akhir.

Kredit foto: Dave Winter/Icon Sport via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Neymar:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN