Rafael Marquez: Tugasan Mengendalikan Skuad Kebangsaan Sama Penting Seperti Menjadi Presiden Mexico

Rafael Marquez

Pemain legenda yang pernah beraksi untuk Barcelona, Rafael Marquez menyifatkan tugasan mengendali skuad kebangsaan Mexico adalah sama penting seperti menjadi Presiden negara tersebut.

Menurut Marquez, kedua-dua tugasan tersebut mempunyai persamaan apabila pengendalinya perlu untuk berurusan serta menghadapi tekanan yang cukup besar.

Jawatan pengurus skuad kebangsaan Mexico kini masih belum diisi selepas Juan Carlos Osorio enggan menyambung kontrak selepas kempen Piala Dunia 2018 tamat.

Perjalanan skuad yang dikenali sebagai El Tri itu dalam saingan Piala Dunia di Rusia terhenti di pusingan 16 terbaik selepas kecundang 0-2 ditangan Brazil.

”Sangat sukar di Mexico untuk bekerja dalam keadaan aman kerana anda perlu untuk menjual berita dan saya fikir tugasan mengendalikan skuad kebangsaan adalah sama penting dengan tugas menjadi presiden buat negara ini.”

SAMARA, RUSSIA – JULY 02: Rafael Marquez of Mexico tackles Paulinho of Brazil during the 2018 FIFA World Cup Russia Round of 16 match between Brazil and Mexico at Samara Arena on July 2, 2018 in Samara, Russia. (Photo by Matthias Hangst/Getty Images)

”Sesiapa sahaja yang datang (menjadi pengurus Mexico), perlu tahu apa yang akan mendatang, apa yang akan berlaku dengan skuad kebangsaan.”

Dalam pada itu, Rafael Marquez yang turut diangkat selaku legenda Mexico menyifatkan bekas pengendali Barcelona, Gerardo ‘Tata’ Martino sebagai calon yang layak untuk menggalas tugas tersebut.

”Tata Martino mempunyai personaliti yang hebat dan boleh mengurus dengan baik.”

”Di tahap antarabangsa, dia merupakan seorang pengurus yang penting buat pasukan, penting buat skuad  kebangsan, di Barcelona dan saya fikir bukan setiap orang boleh berada disini. Saya rasa dia memiliki pengalaman dalam mengendalikan nama-nama besar.”

Di pentas antarabangsa, Tata Martino berpengalaman membimbing skuad kebangsaan Paraguay dan Argentina.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN