Rafael Benitez Didenda Oleh FA Menjelang Perlawanan Bertemu Man Utd

Tatkala tumpuan dan fokus terarah kepada perlawanan yang akan berlangsung di Old Trafford pada tengah malam nanti, pemgurus Newcastle United, Rafael Benitez telah didenda sebanyak £60,000 oleh pihak Football Association (FA).

Skuad kendalian Benitez akan ke Old Trafford pada hari ini untuk berhadapan Manchester United.

Perlawanan tersebut dianggap penting bagi Jose Mourinho yang dan skuad kendaliannya, selepas gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam lima perlawanan dalam semua pertandingan setakat ini.

Benitez
(Photo by Ian MacNicol/Getty Images)

Bagi Benitez dan Newcastle, perlawanan pada malam ini juga dianggap penting demi kelangsungan kelab tersebut di saingan Liga Perdana Inggeris melangkaui musim ini.

Selepas tujuh perlawanan, Newcastle United gagal mencatatkan sebarang kemenangan, dan hanya berjaya mengumpul dua mata setakat ini untuk berada di zon bahaya.

Menjelang perlawanan penting tersebut, Benitez menerima perkhabaran tidak gembira daripada FA, apabila didenda £60,000 untuk komen yang beliau lakukan mengenai pengadil dalam perlawanan sebelum ini menentang Crystal Palace.

(Photo by Catherine Ivill – AMA/Getty Images)

Komen tersebut dikatakan berkaitan dakwaan oleh Wilfried Zaha dan pengadil perlawanan, Andre Marriner.

Peraturan oleh FA menetapkan pengurus pasukan tidak boleh memberi sebarang komen yang ditujukan khusus kepada mana-mana pengadil.

Sebelum perlawanan di antara Crystal Palace dan Newcastle ada September lalu, Zaha berkata beliau harus patah kaki sebelum pengadil melayangkan kad merah kepada pemain lawan.

Sebagai respon, Benitez berkata: “Saya terkejut FA tidak bertindak balas terhadap komen itu (komen Zaha). Saya mempunyai sepenuh keyakinan terhadap kemampuan Andre Marriner.

“Beliau kaya dengan pengalaman walaupun rekod beliau untuk pasukan kami tidak bagus dari segi layangan kad merah. Beliau tetap seorang pengadil yang berpengalaman.

(Photo by Ian Walton/Getty Images)

“Zaha ialah pemain yang bagus. Tiada keraguan. Tetapi FA harus bertindak lebih baik terhadap komen sedemikian. Saya tidak fikir Andy Marriner akan peduli kata-kata oleh Zaha,” kata Benitez.

FA berpendapat komen oleh Benitez itu adalah sebahagian dari cubaan untuk mempengaruhi pengadil, dan akhirnya didenda oleh FA.

Mungkinkah Benitez perlu lebih bijak ketika memberikan komen selepas ini?

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN