Hubungan Rafa benitez dengan bintang terbesar Real Madrid, Cristiano Ronaldo, bermula dengan buruk selepas latihan pra-musim mereka di Australia minggu ini.
Anda perlu tahu Ronaldo menentang keputusan ahli-ahli lembaga pengarah Real Madrid yang memecat Carlo Ancelotti. Jadi apabila Benitez (yang mengurus Liverpool, musuh ketat kelab lama Ronaldo, Manchester United) tiba, Benitez mempunyai kerja yang berat untuk meyakinkan Ronaldo tentang kebolehannya sebagai ketua jurulatih.
Benitez mengambil masa tidak lama untuk membuatkan Ronaldo mengamuk apabila membatalkan gol Ronaldo ketika sesi latihan pra-musim.
Pemenang Ballon d’Or ini tidak berpuas hati dengan keputusan Benitez yang bertindak lebih seperti pengadil daripada jurulatih.
https://twitter.com/SocialRMadrid/status/623895607674040320
https://youtu.be/iva51SYHUk0
Cristiano: F***!
Cristiano: F***, gol tadi sah!
*Arbeloa menenangkan Ronaldo*
Cristiano: Kau nampak salah orang Portugis saja!
Menurut wartawan sukan di Sepanyol, perkara sebegini adalah normal dalam mana-mana sesi latihan pasukan. Tetapi mereka belum pernah nampak Ronaldo melakukan perkara sama kepada Carlo Ancelotti.
https://twitter.com/SocialRMadrid/status/623900100025303040
Insiden itu tidak berakhir di situ. Dalam satu lagi sesi latihan selepas itu, Benitez mengadakan sesi menyepak bola ke arah palang gol.
Ronaldo nyata tidak kagum dengan corak latihan Benitez dan berkata:
“Sepatutnya kita berlatih memasukkan bola ke dalam gol, bukannya buat benda ini.” (We should be practicing putting the ball in the net, not this shit)
https://youtu.be/MUX1APWZ6VI
Pergeseran antara Ronaldo dan Benitez ini mungkin perkara biasa dalam latihan mana-mana pasukan, tetapi insiden ini menunjukkan betapa serius dan intensifnya Ronaldo ketika latihan. Dan seperti kata wartawan sukan Sepanyol di atas, Ronaldo tidak pernah mengamuk dan mencarut sebegini kepada Ancelotti.
Kami mungkin akan mengikuti perkembangan Real Madrid hanya untuk mengetahui kesudahan drama ini…
Baca: 5 Sebab Mengapa Real Madrid Teruk Pada Awal 2015
Sumber: Twitter