Radja Nainggolan Beri Kritikan Keras Buat Liga Indonesia

Pemain bintang dunia, Radja Nainggolan tampil memberi kritikan cukup keras mengenai kualiti pengadil perlawanan bagi saingan Liga 1 Indonesia yang dihadapinya baru-baru ini.

Nainggolan yang mewakili salah satu kelab di Indonesia musim ini iaitu Bhayangkara FC mula mendapat perhatian luas selepas dirinya yang begitu terkenal di Eropah memilih kelab di Asia Tenggara sebagai destinasi seterusnya buat beliau.

Berpengalaman luas di Eropah serta peringkat antarabangsa, perjalanan karier Nainggolan di Indonesia kini tidak seperti diharapkan apabila beliau kurang berpuas hati akan kualiti pengadil perlawanan membabitkan pasukannya menentang Persebaya baru-baru ini.

Pada perlawanan tersebut, Bhayangkara telah mencatat kekalahan tipis 0-1 di tangan Persebaya hasil jaringan tunggal daripada pemain lawan iaitu Paulo Henrique pada minit ke-51.

Keputusan tersebut menyaksikan pasukan tersebut berada di kedudukan terakhir carta Liga 1 Indonesia dengan hanya meraih dua kemenangan sahaja setakat ini.

Jelas Nainggolan menerusi perkongsian CNN Indonesia, pemain tersebut tampil tidak berpuas hati akan isu layangan kad merah telah diberikan oleh pengadil kepada pemain pasukan lawan iaitu Persebaya.

Pada aksi tersebut, dua layangan kad merah telah dikeluarkan pengadil kepada pemain Persebaya iaitu Reva Adi Utama serta wakil daripada Bhayangkara sendiri, Sani Rizki Fauzi.

Apa yang dipertikaikan oleh Nainggolan ialah pemain lawan iaitu Reva Adi Utama masih berada di bangku simpanan walaupun sudah diberikan layangan kad merah serta tidak diperintahkan keluar oleh pengadil bertugas.

“Sejak bila jika ada pemain yang menerima layangan kad merah tetapi masih dibenarkan berada di kawasan padang perlawanan? Saya belum pernah saksikan hal seperti ini,” ujar Nainggolan kurang berpuas hati mengenai apa dirasakan beliau di Indonesia.

Pertikaian Nainggolan itu sangat wajar kerana ia turut mendapat reaksi daripada segelintir netizen di media sosial yang turut tidak menyokong keputusan pengadil membenarkan Reva Adi Utama terus berada di padang perlawanan.

Selain itu, Nainggolan turut memuat naik kenyataan di Instagram yang berpuas hati akan kualiti permainan Bhayangkara walaupun nasib tidak memihak kepada mereka.

“Perlawanan yang sangat sukar walaupun kita sebenarnya layak untuk mendapat sesuatu lebih baik. Kami juga terus menekan untuk mencapai sasaran diletakkan.

“Kita beraksi dengan baik tetapi ianya tidak berpihak kepada kita. Semangat permainan yang sangat bagus sehingga ke garisan penamat. Kita harus terus berusaha daripada segala perkara positif kita pamerkan,” jelas Nainggolan di Instagram.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN