Radja Nainggolan bencikan Juventus kerana kelab tersebut sentiasa ada kelebihan dibantu oleh pengadil.
Radja Nainggolan sebelum ini pernah berkata, Juventus jangan bermimpi untuk mendapatkan beliau. Ini kerana, dia tidak suka kelab tersebut.
Ianya selepas bekas rakan sepasukan beliau Miralem Pjanic berhijrah ke Juventus.
Pjanic dibeli Juventus untuk menggantikan Paul Pogba yang berhijrah ke Manchester United.
Sebelum itu ada desas-desus menyatakan Radja Nainggolan adalah calon terbaik menggantikan Paul Pogba.
Nainggolan bencikan Juventus
Beliau berkata kepada Corriere dello Sport:
“Saya seorang yang sentiasa tidak sehaluan dengan Juventus,”
“Saya benci Juve! ketika di Cagliari saya akan lakukan apa sahaja untuk menewaskan Juve.”
“Mereka memenangi Scudetto ketika kami kami di Trieste. ”
“Saya benci mereka kerana mereka sentiasa menang dengan penalti atau sepakan percuma.”
“Saya datang ke AS Roma untuk menang piala dan merebutnya dari Juventus yang sentiasa mendapat bantuan pengadil.”
“Jika gagal menang Scudetto, kami akan menang Coppa Italia, itu janji saya.”
“Percayalah, kami akan menang perlawanan separuh akhir timbal balik menentang Lazio.”
AS Roma kini 7 mata di belakang Juventus di Serie A Selepas 23 perlawanan.
Juventus menang perlawanan pertama Serie A ke atas Roma di Stadium Juventus. Perlawanan ke-2 liga mereka adalah pada 17 Mac nanti di Rome.
AS Roma juga hanya dibezakan 2 mata dengan Napoli yang berada di tangga ke-3.
Komen pedas Nainggolan ini mungkin akan mendapat perhatian daripada bada pengurusan Serie A.
Mana tidaknya, apabila beliau terang-terangan menuduh Juventus kerapa dibantu oleh pengadil.
Radja Nainggolan memang personaliti yang tidak digemari ramai pihak kerana mulutnya yang lancang dan juga aksinya yang keras di dalam padang.
Baca juga: Memahami Jenis-Jenis Larian Ofensif Dalam Taktikal Bola Sepak