Quantcast
Rabona, Ancaman Bahaya Dalam Darjah Kesukaran Tinggi
KAJIAN & FAKTA

Rabona, Ancaman Bahaya Dalam Darjah Kesukaran Tinggi

Thursday, 29 Dec 2016

Ramai tahu apa itu rabona. Namun asal usul perkataan ini mungkin masih ramai tak tahu. Ia adalah satu perkataan daripada dialek Bahasa Sepanyol yg dituturkan di Argentina dan Uruguay.

Ia juga disebut sebagai crossed kick ataupun translasi langsungnya sepakan silang.

Etimologi




Etimologi Rabona adalah Rabon yg merujuk haiwan yang tidak berekor atau berekor pendek.

Ia pertama kali digunakan dalam majalah sukan El Grafico di Argentina apabila dalam satu perlawanan, Ricardo Infante melakukan gol spektakular dari jarak 32 meter.

Gol tersebut dilakukan dengan menyilangkan kaki beliau.

Editor El Grafico mahu peristiwa itu diingati dan meletakkan satu nama untuk menggambarkan kehebatan teknikal tesebut. Mereka  melabelkan skil Ricardo Infante sebagai rabona.

Terpampang di muka depan akhbar dengan judul ‘El infante que se hizo la rabona’.

El Grafico terus menjelaskan kenapa mereka menggunakan terma RABONA. Ini kerana ianya ibarat satu ekor kecil yang melibas atau mencucuk bola daripada keadaan yg tak dijangka.

Ancaman Rabona ini lebih kepada, gerakan itu sukar dijangka oleh pihak lawan.

Terminologi Rabona

Perkataan ini kemudian menjadi pilihan pengulas-pengulas Inggeris yg lebih universal. Di Itali, mereka melabel skill ini sebagai incrociatta crossed.

Pemain Itali, Giovanni Roccotelli adalah pemain yang sangat sinonim dengan teknikal ini. Pada mulanya, media di Itali mahu menjadikan incrociatta ini sebagai baka dari Itali yang dikomersilkan oleh media mereka.

Namun selepas bukti tersurat daripada El Grafico ke atas peristiwa gol Ricardo Infante pada 1948. Jadi, label Rabona ini lebih awal dipopularkan di media cetak oleh El Grafico.

Namun Pele tetap bersetuju dengan media Itali yang mengiktiraf Giovanni Rocatelli sebagai Father Of Rabona. Di bawah ini adalah gambar mural Rocatelli yang ditulis Padre Della Rabona (Father Of Rabona).

Itali memang tidak menggemari etimologi dari bahasa lain. Mereka sangat fanatik dengan bahasa mereka. Misalnya, penalti panenka disebut colpo al cucchiao.

Pada awalnya, Inggeris ada istilah sendiri untuk melabel panenka iaitu ‘spoon shot’. Namun mereka kemudian memilih untuk menggunakan panenka berbanding bahasa mereka sendiri.

Konsep

Ia adalah satu trik melakukan cubaan atau hantaran dengan kaki utama pada kedudukan kaki lemah. Ia salah satu cara untuk pemain skip penggunaan kaki lemah.

Trik ini sangat berguna jika pemain berada di byline dalam keadaan untuk melakukan cut back.

Aplikasi teknik rabona ini sukar. Bukan semua pemain boleh melakukannya. Ia memerlukan pemain memilki kelenturan kaki yang tinggi.

Latihan berterusan akan membantu meningkatkan kekuatan dan ketepatan produk akhir.

Rujukan Pemain Untuk Trik Rabona

Dalam bola sepak hari ini pemain-pemain seperi Erik Lamela, Quaresma, Angel Di Maria, Eden Hazard, Cristiano Ronaldo, Luis Suarez dan Neymar antara yang kerap melakukan teknik ini.

Erik Lamela dan Angel Di Maria mungkin yang terbaik di antara mereka pada pandangan kami. Di England, dahulu ada Joe Cole yang sangat gemar melakukan trik ini.

Ia adalah penjelasan ringkas tentang rabona. Adakah anda antara pemain yang boleh melakukan rabona?

Baca juga : 8 Senarai Semak Untuk Tan Sri Annuar Musa Jika Mahu Menjadi Presiden FAM

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!


Kongsi

Komen Artikel: Rabona, Ancaman Bahaya Dalam Darjah Kesukaran Tinggi



Berita Bola Yang Menarik