Rabih Ataya Makin Membara Lepas Meledak Bersama Lubnan

Rabih Ataya Lubnan Kelayakan Piala Dunia 2022 Kedah

Pemain import Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dari Lubnan, Rabih Ataya bertekad memberi aksi yang lebih baik dalam saingan Liga Super dan Piala AFC 2021.

Walaupun masih belum mendapat keputusan rasmi mengenai penganjuran Piala AFC, Rabih Ataya masih berharap kejohanan tersebut akan dilangsungkan seterusnya membantu pasukan untuk beraksi di peringkat yang lebih tinggi selepas ini.

Semangat tersebut hadir selepas beliau berjaya membantu negaranya, Lubnan untuk mara ke pusingan akhir kelayaka Piala Dunia 2022 dan layak ke Piala Asia 2023 pada awal Jun yang lalu. Beliau telah meledak satu gol dalam tiga perlawanan itu.

Walaupun Lubnan hanya menang satu daripada tiga perlawanan, mereka tetap berjaya menamatkan pusingan kedua kelayakan di kedudukan kedua Kumpulan H, satu mata di depan Turkmenistan dan enam mata di belakang juara kumpulan, Korea Selatan.

Rabih Ataya berada dalam kesebelasan utama ketika mereka membenam cabaran Sri Lanka dengan keputusan 3-2 dan berjaya meledak golnya ketika tewas 2-3 kepada Turkmenistan dalam perlawanan kedua selepas dimasukkan pada minit ke-54.

Bercakap kepada Berita Harian, Rabih Ataya dipetik berkata, “Gol jaringan ketika menentang Turkmenistan bulan lalu [telah] membakar semangat saya untuk mempertingkatkan lagi tahap permainan bersama Kedah pada musim ini.”

“Dengan motivasi yang diperoleh, saya berharap dapat memberi sumbangan lebih baik bersama pasukan ini dalam Liga M dan pada masa sama menantikan status Piala AFC sama ada berlangsung atau sebaliknya pada tahun ini,” tambahnya lagi.

“Saya berharap ia [Piala AFC] dapat berlangsung tahun ini kerana semua pemain sudah pasti mahu berusaha meningkatkan kemampuan diri bersama Kedah ke peringkat yang lebih tinggi,” jelasnya lanjut mengenai impiannya bersama Kedah.

Sebelum ini Semuanya BOLA pernah mempersoalkan adakah Rabih Ataya tidak cukup bagus untuk bersama Kedah. Dalam tiga perlawanan, Kedah berjaya bangkit untuk menang selepas beliau dibawa keluar oleh pengendali, Aidil Sharin Sahak.

45.5 peratus dalam pusingan pertama ini, terbukti dengan keluarnya pemain itu, Kedah mampu bangkit untuk seri atau menang, sementara 36.3 peratus, Kedah memang dalam perjalanan untuk menang biarpun pemain itu kekal bermain dalam pasukan. Baki 18.2 peratus, Kedah tetap gagal bangkit untuk mengubah keputusan.

Diketahui memiliki kualiti hantaran yang baik, bersama UiTM FC musim lalu, pemain skuad kebangsaan Lubnan itu beraksi di jentera serangan kanan dan telah banyak membantu membuat hantaran lintang berkualiti kepada penyerang.

Bersama Hijau Kuning, Aidil Sharin meletakkannya di jentera tengah menyerang dan perlu menggerakkan jentera tengah untuk membuka ruang serta peluang buat Kipre Tchetche dan Kpah Sherman untuk bergerak dan menghasilkan jaringan gol.

Baca lagi artikel lain mengenai Rabih Ataya dan Kedah:

Rabih Ataya Tak Cukup ‘Baguih’ Untuk Kedah Setakat Ini?

Kedah Tiada Masalah Tanpa Penggempur Utama Kpah Sherman

Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN